Pages

Monday, July 02, 2012

KIMCHI CHRONICLES



Dah tengok tak Kimchi Chronicles di Astro, NJ suka sangat!! Hosnya Marja seorang Korean American & hubbynya, world renowned chef Jean-Georges Vongerichten sangat natural depan kaca tv dan sangat loving (my opinion, based on their unpretentious interaction and their loving gaze to each other during the episodes). Kimchi Chronicles berkisar tentang perjalanan Marja meneroka ‘Korean Food & Culture’ di Korea dan sekembalinya di Amerika, dia bersama hubbynya akan mencipta semula masakan yang sama dengan membuat pengubahsuaian kepada resipi tersebut.

Kimchi Chronicles bagi inspirasi kat NJ untuk mencipta Samgyetang sendiri, maklumlah masa pi Korea dulu tak dapat makan, makan taun gak baru dapat rasa ni, hihi… Rupanya senang aje nak masak Sup Ayam ni, semudah ABC.

Resipi Sup Ayam NJ
  • Sekor ayam kiut/ayam muda/ayam kampong dibuang kulit untuk lebih sihat
  • Secawan beras Jepun/Japanese shortgrain rice
  • Halia dipotong nipis
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang merah besar dipotong kasar
  • 1 sup bunjut ADABI (ganti ginseng, hihi..)
  • Potongan baby carrot
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang & lobak masin cincang untuk hiasan

Cara-caranya:
Cuci ayam bersih-bersih, bahan-bahan lain juga. Gaul beras, halia, bawang putih, bawang merah bersama, masukkan dalam perut ayam, jangan sampai penuh. Masukkan dalam ‘slow cooker’, tuang air hingga paras dada ayam, letakkan sup bunjut, taburkan garam & set on ‘HIGH’ for at least two hours. NJ failed bab sukatan beras, kes terlebih sudah. Sayang nak buang beras yang dah dibasuh, NJ tabur je kat dalam periuk sebelum masukkan ayam, last-last jadi bubur ayam, hihi.. Tapi rasanya masyaAllah sedap, sedap, sedap!!!! (masuk bakul angkat sendiri) Makan pulak dengan daun bawang & lobak masin, alamat makan pun terlebih sudah.

My Chinese friends yang rasa pun kata sebenarnya Samgyetang yang dorang makan kat Seoul tu pun hambar je rasanya. Cubalah sendiri, gerenti sedap, ubahsuai le mengikut kehendak hati, macam masak sup ayam je kekdahnya. Cumanya sup ayam biasa, kuahnya jernih, sup ayam ni kuahnya agak cloudy & putih disebabkan kanji beras yang dimasak bersama, but still yummmehh!!! And the chicken soooooo… tender you’ll ask for more!! Diet NJ?? Penimbang pun dah takut nak terima berat badanku ini. Muahaahahaaha!!!

Tapi kan, pada yang malas nak masak sendiri dan nak rasa the real Samgyetang  yang Halal, apa kata pi cuba kat Spring Potato Café di Gombak. Tapi kena call in advance sebab pemiliknya kata nak sediakan Samgyetang amik masa sekurang-kurangnya 4 jam, jadi kena tempah dulu le. Nak citer sket la pasal restoran nih, lama dulu NJ pernah pergi try makanan kat sini tapi pada pendapat NJ ok je lah rasanya. Tapi baru-baru ni NJ pegi lagi sekali & dah banyak improvement especially dari segi rasa. NJ jarang nak promo restoran di Goboklama tapi di sini NJ nak rekemen Spring Potato Café kat korang, cubalah & rasa sendiri menu yang disediakan. Bukan saja menu masakan Korea, masakan Malaysia pun ada, spring potato pun ada, western food pun ada.


Ini alamat & nombor untuk dihubungi:
SPRING POTATO (M) SDN BHD
No. 11a, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-61899471
email : potatoboom@gmail.com

En.Azzudin 013 - 659 9915
Cik Ella  010 - 260 5494
Pn. Masayu 017 - 691 3457

Tak sempat ambil gambar sup sendiri sebab ter'over' eksaited nak cuba, hihi.. Gambar dari sini



Jom jalan-jalan & makan-makan!!!

**  Sekejap je dah masuk bulan Sya'ban, tak lama je lagi masuk bulan Ramadhan, dah bersediakah kita?  Jom klik sini

1 comment:

m.u.l.a.n said...

waahhh... mesti sedap ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails