Pages

Monday, July 23, 2012

Lawatan ke Galeri Seni

Assalammualaikum semua, ok tak di pagi hari Isnin yang indah ini? Dah recover daripada Monday Blues? hikhiks... Hari ni rasanya macam special sket, sejuk dan hujan, ramai la berangan-angan "bestnya kalau sambung tidor kat umah ni...". Hari ni juga dah masuk hari ke-3 kita puasa, tentu hujung minggu yang lepas ramai yang balik menyambut Ramadhan di kampung halaman kan? NJ juga tak ketinggalan, sebenarnya tak ada rancangan pun nak balik, lepas sahur NJ diskas dengan hubby nak ke mana pada hari Sabtu tu, tiba-tiba je on bila cakap nak balik BP. So kami berempat terus ke BP, dapatlah berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Sempat juga buat kerabu mangga untuk mummy dearest. Tapi malam tu jugak balik ke KL semula sebab anak saudara yang balik sekali tu kerja pada hari Ahad, terjegil jugalah mata dia memandu sepanjang perjalanan tu sebab ngantuk. Alhamdulillah selamat sampai....

Di bawah ni pula adalah gambar-gambar sekitar lawatan NJ & anak murid ke Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Shah Alam, oh rindu menggamit setiap kali ke sini.....

Kami ke Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah dulu

Belek jangan tak belek






Perjalanan diteruskan...

ke Paris?...




Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

















Dah habis melawat rasa lapar, tak sah lah kalau tak singgah ke Food Court Seksyen 2 & pekena ABC special ni kan? (lawatan sebelum bulan puasa)
Ke Pameran Terbuka 2012 di Galeri Shah Alam pula


Karya oleh Faiz Juha

Batik work

I like this


Pameran masih berlangsung, silalah datang beri sokongan kepada bakat-bakat seni muda yang menyertai pameran ini.

1 comment:

aNIe said...

Selamat Berpuasa NJ... cantik2 hasil seni yang dipamerkan di galeri tu...

Akak berpuasa di Melaka hujung minggu lepas...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails