Pages

Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri untuk semua, apa khabar? Ada terlebih sudah? Terlebih makan, terlebih bajet, terlebih gelak etc... NJ masih di Kelate sebelum ke BP nanti, tak sabar nak jumpa Bonda tercinta, sayu je suara dia kedengaran dalam telefon time-time raya ni... 3 hari sebelum raya NJ mendapat perkabaran yang mengejutkan, ibu mertua kepada adik ipar telah menyahut panggilan Ilahi sejurus selepas waktu berbuka, innalillahhiwainnailaihirojiun... sempat mengenali arwah hanya beberapa tahun, dah cukup membuatkan  merasai kehilangannya, apatah lagi keluarganya sendiri... NJ terkilan kerana tak dapat menemuinya pada bulan puasa yang lepas walaupun rumah kami berdekatan saja.  Kebetulan arwah berulang  ke rumah anaknya di Ampang, dan macam-macam lagi alasan yang jika difikirkan semula, agak tak munasabah. Tapi alhamdulillah kami sempat melihat jenazah arwah sebelum dikebumikan & jujur NJ katakan, NJ suka melihat mukanya yang seolah-olah tidur dan bila diusap kaki dan tangannya, masih lembut seolah-olah arwah masih lagi bernyawa. Itu yang membuatkan airmata NJ mengalir laju tanpa henti sambil memikirkan apalah bahagian NJ bila mati nanti......"Ya Allah wahai Tuhan kami, hidupkanlah aku dalam keadaan beriman, dan matikanlah aku dalam keadaan beriman, dan masukkanlah aku ke SyurgaMu dalam keadaan beriman", amin...

Ah, memang kita tak tau bila masanya kita dipanggil dan bila pula orang tersayang akan meninggalkan kita.  Oleh itu, berbuat baiklah pada yang masih ada dan kita hanya mampu berdoa untuk yang telah tiada... Kita hanya manusia biasa, tak mampu rasanya menghilangkan rasa pedih di hati sekiranya orang tersayang meninggalkan kita dalam sekelip mata walau sekuat mana pun iman kita... Kalau terasa nak berbuat baik pada seseorang, buatlah terus agar tak timbul penyesalan di hati bila mereka telah tiada, insyaAllah...

Mak, wait for me!!






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails