Pages

Friday, September 28, 2012

Creativity

NJ nak dedikasikan pos-pos tentang kreativiti kepada orang-orang yang kreatif di luar sana. NJ suka sangat berada di dalam lingkungan orang-orang berjiwa kreatif ni, kagum melihat hasilan idea kreatif mereka, selalu memerhati bagaimana mereka menyelesaikan masalah berdasarkan pemikiran kreatif dan daya imaginasi mereka, dan juga rasa bangga bila mereka ni berjaya meneruskan kelangsungan hidup berdasarkan keyakinan mereka terhadap apa yang dikurniakan Tuhan iaitu AKAL FIKIRAN. NJ rasa ibu bapa perlu lebih serius dalam mengembangkan bakat seni terutamanya sisi kreatif anak-anak mereka seawal usia bayi lagi supaya kelak mereka akan lebih bebas menghasilkan idea, mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Kreatif bukan hanya terhad kepada seni lukis dan seni reka tetapi juga kepada daya penyelesaian masalah setiap individu yang boleh diguna pakai di dalam situasi tertentu. Tetapi pada pendapat NJ, seni lukis dan seni reka adalah permulaan kepada kanak-kanak ini berada di atas landasan yang betul di dalam penghasilan idea-idea kreatif mereka yang seterusnya. Just let them explore and let them be free...

NJ harap Arif akan mampu mengaplikasikan konsep pembelajaran seumur hidup demi mencapai tahap kreativiti yang tidak terhad. NJ sentiasa menyokong apa yang dia mahu lakukan (yang baik saja) dan beri galakan supaya dia sentiasa merebut peluang untuk belajar sesuatu yang baru walau sekecil mana sekalipun, akademik mahupun non-akademik.

http://maribelajar.forumotion.com/t1532-apakah-kreativiti

'Creativity is allowing yourself to make mistakes. 
Art is knowing which ones to keep'
~ Scott Adams


NJ@Goboklama

Oh ya, nak selit sikit. Tahniah kepada Shila Amzah yang menjuarai Asian Wave baru-baru ni. Jarang sekali NJ lihat orang Cina memuja-muji artis Melayu sebelum ni, ini baru pertama kali NJ dengar mereka teruja melihat Shila Amzah buat persembahan secara live di pertandingan tersebut. Masa seorang colleague NJ tunjuk gambar Shila di skrin TV masa pertandingan tu dan melihat betapa teruja dan beria-ianya dia bercerita tentang bagaimana dia bersorak dan menyokong Shila, NJ rasa kagum dan bangga. Dan yang paling hebat bila mereka sibuk bercerita tentang komen-komen negatif Shila bertudung dan bagaimana mereka mempertahankannya, NJ rasa nak nangis juga. Non-Muslim mempertahankan tindakan Shila bertudung tetapi yang Muslim mengecam dan bagi komen bukan-bukan pula? Guano tu?

'Perasaan Cemburu dan Bersifat Kejam; 
ia Cara Mereka Mengagumi'

Salam pagi Jumaat dan selamat berhujung minggu untuk semua!


1 comment:

Seri Jelita said...

Sebab tu orang China maju sebab mereka buat benda atau komen yang realistik tak mcm bangsa kita...kalau orang berjaya cemburu/dengki adalah...Tahniah buat Shila, tak sabar nak beli album bahasa cina Shila walau tak faham tapi kalau Shila nyanyi apa saja memang aku akan faham hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails