Takkan la nak patah balik ke Kajang bila dah sampai Subang kan? So kitorang decide nak pegi Imigresen Subang pula. Dah nampak dah bangunan tu tapi tak jumpa lak jalan masuk. Lepas pusing 3 kali, hubby gave up and decide to go to Shah Alam instead. Dalam kereta cakap dengan hubby, 'apalah dugaan untuk buat pasport ni, jangan nanti kat Shah Alam ada lagi...'. Konpiden je dia drive ke Plaza Masalam, kweng kweng kweng.... Hamik ko, sampai-sampai ke tempat yang dituju rupanya imigresen Shah Alam dan dipindahkan ke Kompleks PKNS Shah Alam, huaaaaaaaaa!!!!!!... Sampai sini NJ dah beristighfar takut la disebabkan dosa-dosa NJ maka Allah butakan hati dan minda NJ jadi kelam kabut sampai begini sekali. Bayangkan selama ni NJ sangatla concern bab-bab cari maklumat ni dan perasan hebat bila rasa 'Segala maklumat boleh aku cari kerana ianya hanya di hujung jari aku', ya betul!! Tab yang NJ kepit memang berfungsi tapi NJ langsung tak terfikir nak online dan cari maklumat yang tepat tentang cawangan imigresen yang nak dituju.
Alhamdulillah kami sampai ke tempat yang betul kali ni tapi mak oiiiii, ramainya orang.... Amik nombor giliran tapi kena isi borang pula? Eh, eh, mana satu yang betul ni? Imi Kajang kata tak payah isi borang, Imi SA kata kena isi pula? Apakah? Malas nak soal jawab, maka NJ isi borang, tunggu giliran, submit borang, made payment and wait two hours to collect the passports. Alhamdulillah at exactly 1pm, passport kami siap (rasa nak sujud syukur kat situ juga) dan kami pun balik ke rumah dengan happynya.
Itulah penangan bila buat passport 5 tahun, we take it for granted ingatkan segala maklumat lama masih diguna pakai lagi. Bila tengok gambar pasport lama, I just can't believe the changes, I have sunken eyes like makcik (memang makcik but I'm in denial, hihih..), my skin is darker and my face looks more mature. Arif has succesfully sprouted 29cm from 144cm in 2007, good job son! Dan yang paling NJ suka dalam perjalanan ni, bila dapat revisit tempat belajar masa first year dulu kat ITM, kami antara batch yang bertuah (ke?) dapat belajar di Kompleks PKNS SA sebelum dipindahkan semula ke main campus.
Ok, jadikanlah pengalaman tak best NJ ni sebagai rujukan, dan ini pula khas untuk korang-korang sumer, link Imigresen Malaysia untuk maklumat yang diperlukan. Dengar kata tahun depan warga emas dapat diskaun 50% untuk pasport 5 tahun, 2 tahun cuma RM80 je. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah pun dapat diskaun juga. Maka lebih ramai lagilah rakyat Malaysia yang dapat ke luar negara untuk meluaskan
No comments:
Post a Comment