Pages

Tuesday, November 20, 2012

Arif Fitri 15

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan penuh rasa kesyukuran, kami meraikan sambutan hari lahir Muhammad Arif Fitri Azizan pada hari ini. Sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya maka kami memohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, kurniakan kepadanya iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat. Ya Allah Ya Samiu Ya Alim, kurniakanlah kepadanya hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri. Ya Allah Ya Karim, sejahterakanlah kehidupannya, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin Ya Rabbal Alamiin.

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-15 untuk anak kesayangan Mama, pantasnya masa berlalu, Arif dah besar panjang sekarang. Mama doakan hanya yang terbaik untuk Arif. Love you love you love you!!!
 



1 comment:

m.u.l.a.n said...

happy birthday arif..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails