Pages

Thursday, November 01, 2012

Bandung 2012

Trip ke Bandung 4 hari 3 malam bersama Makcik Pakcik NJ berlaku pada bulan lepas. Transport kali ni juga diuruskan oleh Setiawan Transport yang mana Supirnya kali ini ialah Pak Nandang. Alhamdulillah Pak Nandang ni bagus, tak banyak songeh & sudi membawa kami ke mana saja kami nak pergi. Walaupun kami duduk di Cipedes Apartment, agak jauh dari pusat bandar, Pak Nandang tak keberatan melayan permintaan kami yang nak keluar semula selepas Makcik Pakcik ditinggalkan di apartment (biasalah, capek...). Banyak juga yang pertama kali buat kami bertiga ni walaupun ini kali ketiga kami ke sini, maklumlah trip sebelum ni dapat pak supir yang tak best..... Oklah, maleh nak citer banyak, jom layan gambar!

Inilah dia the infamous swimming pool kat Cipedes Apartment. NJ kini mengesahkan bahawasanya kolam ini tak selamat digunakan kerana airnya kotor sekali dan dasar kolamnya berlumut-lumut, what a waste....

Saung Angklung Udjo. Berbaloi masuk untuk pertama kali, kanak-kanak yang buat persembahan ni sangatlah comel, geram tengok! Dapat juga belajar cara-cara main angklung, baguslah cara mereka memartabatkan budaya sebegini, dalam masa yang singkat (tak juga, 2 jam sebenarnya) kami baru tau sebenarnya bagaimana Angklung dimainkan.


Perjalanan yang jauh ke Kawah Putih (3 jam) memaksa kami membawa bekal. Ini hasil keboringan di dalam van. Coklat boring (plain milk chocolate) campur badam sebab kedai yang kami beli bekalan ni takde jual coklat badam. Nak makan, masukkan je kedua-duanya dalam mulut, kuikuikui...


 Van ditinggalkan di kaki bukit untuk menaiki angkutan terbuka ni ke Kawah Putih.


 Subhanallah cantiknya.....Alhamdulillah dapat juga NJ menjejakkan kaki ke sini...

Hahahar, ini sangat kelakao. Punyalah makcik Nj sangat excited katanya sulfur Kawah Putih ni elok untuk penyakit kulit, kami pun membeli-belah bahan letupan sulfur & batu gunung  ni untuk dibawa balik ke Malaysia. Dah sampai ke apartment baru kami terfikir yang benda ni adalah bahan larangan yang tak boleh dibawa naik ke dalam kapal terbang, sempat juga buat lulur & spa kat apartment dulu sebelum diberikan kepada Pak Nandang. kihkihkih.....

Ada bran??
How's that for a view?

Tangkuban Perahu

Alahai Tangkuban Perahu. Sesiapa yang ke sini pasti dah faham betapa chaoticnya tempat ni disebabkan oleh penjaja-penjaja yang banyak di sini. Rimas dibuatnya sampai hajat di hati nak menikmati pemandangan indah ciptaan Allah s.w.t ni terbantut hingga nak cepat-cepat beredar dari sini....... Alhamdulillah dapat juga menjejakkan kaki ke sini, ingatkan tak dapat pergi sebab sebelum kami datang, tempat ni ditutup kerana berlaku gegaran dan penghasilan sulfur di tahap bahaya.

Rp50,000/person

Tengok makcik NJ tu, hebat tak??


Kamanja Adventure Land di Jl Tangkuban Perahu ni dibuka pada hujung minggu dan hari-hari biasa sepi tanpa pengunjung. Alhamdulillah berkat pujuk-rayu kesungguhan NJ nak masuk sini, petugas di sini membenarkan kami mencuba ATV dan Flying Fox, yeayy!!

Pakcik NJ umur 66 tahun ni hebat juga!!

Thanks Kamanja Adventure Land!!

Kampung Daun yang mahal cantik
S 25 B

Nasi Liwet & Sup Buntut, kekeke...
Amboi Arip

Saper pernah naik keter kambing? Di depan Masjid Raya Bandung



Hahahah makcik pakcik ku terjebak gak akhirnya dengan shopping madness di Bandung. Sebelum pergi kata nak tengok-tengok je, bila dah sampai, beranak-pinak beg-begnya. Pergi Pasar Baru je 3 kali you!! Alhamdulillah semuanya selamat, moga dapat ke sana lagi lain kali.

Ini itinerary yang kami buat di sana, boleh je nak copypaste untuk trip korang:

Day 1
  •             8am sampai Bandung
  •             Pasar Baru
  •             Lunch di Simpang Raya 
  •             Check-in Cipedes apartment
  •             Saung Angklung Ujo
  •             Dinner kat rumah, sumer dah penat..
Day 2
  •             Kawah Putih
  •             Lunch di Saung Gawir
  •             Pasar Baru lagi
  •             Toko Tiga
  •             Dinner at Restoran Sederhana
Day 3
  •             Tangkuban Prahu
  •             Kamanja Adventure Land
  •             Lunch at Kampung Daun
  •             FO Jalan Riau
  •             Dinner kat rumah, sumer dah penat..
Day 4
  •            Sarapan & check-out
  •            Pasar Baru lagi
  •            Lunch Restoran Mitra Sederhana 
  •             Mesjid Raya/Agung Bandung
  •             5pm ke airport

Ini pula entrance fees ke tempat-tempat pelancongan di Bandung:
  • Saung Angklung Udjo - Adult Rp100,000  Child Rp60,000
  • Kawah Putih - Rp15,000/person & Rp130,000/car/angkutan terbuka
  • Tangkuban Perahu - Rp50,000/person & Rp25,000/van/bus
  • Kamanja Adventure Land - Free entrance, only pay what you want - ATV Rp30,000  Flying Fox Rp15,000 dll yang serius lagi murah daripada harga di Malaysia

Ini pula harga makan-makan untuk kami ber-9 setiap kali makan:
  • Simpang Raya - Rp450,000
  • Saung Gawir - Rp380,000
  • Restoran Sederhana - Rp300,000
  • Kampung Daun - Rp996,000  woohoo!!
  • Rest.Mitra Sederhana - Rp500,000
  • Untungnya duduk di apartment yang ada tempat memasak, breakfast dah settle, kalau rasa nak makan kat rumah sebab dah tak lalu nak makan Indonesian food, beli je bahan & masak. Pasarayanya banyak, suruh aje supir hantarkan untuk beli-belah.

dan lain-lain:
  • Cipedes Apartment 2 rooms apartment, NJ amik 2 unit - Rp450,000/unit per nite (rate lama)
  • Transport, Elf coaster Rp700,000 per day
  • Airport tax - Rp75,000 per person

Senyummmmmmmm......klik!!  Jumpa lagi!!

2 comments:

itsME said...

salam,
nak tny pasal setiawan transportation.. sy plan nak gune servis nie next year...
ok x servis die??? tepati mase tak??? sbb pernah experience servis supir yg lambat...

NJ@Goboklama said...

alamak sorry le lambat pulak balas. Akak bole rekemen Nandang, dia ikut je ke mana kita nk pegi, tk mcm supir yg sebelumnya, sumer tempat dia kata jauh, hihih...Nandang mmg tepati masa, shud be no problem.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails