Pages

Monday, November 05, 2012

Hormat

Pernah tak tengok gambar kemalangan di dalam akhbar? Selalunya gambar mangsa akan dikaburkan tapi adalah satu akhbar ni yang sangat berani meletakkan gambar-gambar kemalangan sebenar, dengan mangsa yang dah meninggal dunia seperti dalam kemalangan kereta, tersepit atau terbaring atas jalan raya, dengan muka yang tidak dikaburkan. Alahai NJ pun tak sanggup nak tengok, tak kiralah mangsa tu Muslim ataupun non-Muslim, pada NJ cara mereka tu memang tak menghormati si mati. Bayangkan keluarga si mati baca paper tu & lihat gambar arwah, tak ke sedih? NJ dah komplen 3-4 kali melalui sms or emel tapi langsung takde perubahan yang dilakukan malah mereka makin berani mengeluarkan gambar-gambar yang lebih sadis dan tragis. Kalaulah itu semua berlaku pada mereka atau keluarga mereka, apa mereka rasa ek?

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa orang yang sebelum dari kami"



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails