Pages

Wednesday, December 26, 2012

Angkor Tour 2012

NJ namakan trip ni sebagai Angkor Tour sebab our main highlight adalah melawat Angkor Wat yang disenarai oleh UNESCO sebagai World Heritage Site. So, hari pertama kami terbang ke Phnom Penh pepagi tanpa delay, via AirAsia again of course & lepas 2 jam alhamdulillah selamat mendarat. NJ biasanya berdebar 2 kali, 1st masa check in sebab takut tak lepas and 2nd masa amik beg sebab takut hilang. Sekali betul-betul hilang daaaa 1 beg kawan NJ (SF)...nak tanak terpaksa buat report kat bahagian Lost & Found & insisted the bag to be rushed to Phnom Penh if found sebab kami 5 hari di sana. Ok fine, settle satu perkara, lepas meyakinkan SF yang beg tu akan ditemui semula & kalau tak jumpa pun boleh claim insurans, kami pun menuju ke luar dan disambut oleh drebar van kami 'Sam the Man' yang memegang tanda nama NJ dengan menggunakan iPadnya, so cute! Dia kata jimat sebab tak payah print kertas & boleh digunakan berulang kali, brilliant! So kami pun bergerak ke hotel yang ditempah setahun yang lepas tapi bayangkan betapa terkejutnya kami bila diberitahu sang manager bahawasanya they lost my booking & terpaksa pindahkan kami ke partner hotel nearby? Unbelievable! NJ masih tak lost control, terpaksa ikut sebab takde pilihan, so kami pun pindahle ke hotel yang dimaksudkan & nasib baik hotel tu lebih baik daripada hotel tadi & dapat bayar harga yang sama walaupun lebih mahal. Sam tolong call airport & found out that SF's bag dah sampai ke Vientiane, Laos & maybe boleh dapat semula keesokan harinya, alhamdulillah.... Ok, misi jalan-jalan shopping dulu, kami ke Central Market & Russian Market, sempat makan di D' Nyonya , tapi tak lama sebab dah tak larat, retreat earlier, malam sambung jalan-jalan naik tuktuk ronda-ronda PP.

Day2
Pepagi dah cekaut, straight to airport, ambil 2 orang kawan yang baru sampai & tunggu beg yang dinanti tapi hampa sebab tak sampai lagi dan mereka kata kena tunggu esok dan hari seterusnya atau beg tu mungkin akan ditemukan semula di LCCT masa kami balik nanti, muka SF dah kelat tapi takde pilihan terpaksa telan juga. Pas bekfes di Pho24, kami meneruskan perjalanan 314km ke Siem Reap yang mengambil masa selama 6 jam. Jalannya ok, cuma ada 45km jalan dalam pembikinan di awal perjalanan yang sangat merengsakan....sempatla singgah makan biji teratai & tengok pasar lama kat Kampong Thom. Sampai Siem Reap kami cekin hotel, rehat jap & jumpa drebar baru Sokpee yang bawa kami jalan-jalan ke Night Market. Tapi sebelum tu sempat pekena Lembu Naik Bukit yang fofular di restoran Hj.Musa bersebelahan Masjid An-Nikmah, not bad, sedap gak, almaklum tengah lapor kan? Nak citer sket tentang Sokpee ni, NJ jumpa dia dalam tenet gak & decide amik dia sebab drebar lain quote rega mahal. Bila sampai, NJ kata nak gi resto Hj.Musa tapi dia kata boleh gi esok tak sebab dia dah tempah tengok Apsara+dinner (without my acknowledgement). Apalagi, hanginla NJ, pas argue & tunjuk bukti bahawasanya NJ tak pernah buking dinner tu, dia akur & ikut plan NJ. Esoknya sebelum gi Angkor Wat, dia tanya pesal floating market pulak, NJ pun kata tak pernah buking sebab tanak terkejar-kejar ke sana-sini satu hari tu. Suspicious sungguh & kurang honest la ini drebar, ataupun kena make sure we communicate well thru email supaya tak jadi cenggini len kali, haiihhh......

Day3
  • Angkor Wat tour - awesome! Sangat menarik bila dengar cerita Sokpee & boleh relate dengan Ayuthaya di Bangkok yang kami lawat dulu.
  • Khmer Ceramic center
  • Massage center. Tak, kami tak cuba massage 1dolah yang banyak di sana sebab tak dijamin keberkesanannya. Memang best pas penat-penat jenjalan mendaki bagai, dapatkan massage, lena tidur diulit mimpi, hihih....
  • Night market@Pub Street
  • Makan di resto Cambodia Muslim milik Hj.Nasir, juga berdekatan Masjid An-Nikmah & order sekali bekfes sebab dia boleh delivery sampai hotel.
Day4
Cekaut hotel, balik semula ke PP, kali ni sempat singgah makan Krolan. Dalam perjalanan dapat call dari airport, beg dah sampai, alhamdulillah. So bila nak sampai PP, kami detour ke airport, ambil beg & cekin hotel baru. Oleh kerana hotel ni agak jauh dari bandar, kami terpaksa amik tuktuk untuk cari makan halal. Kali ni pekena resto Malaysia. Sempat singgah night market tapi tak beli apa-apa sebab dah penat jenjalan, cuci mata jer.......

Day5
Cekaut hotel, 1st stop ke CM sebab ada barang yang belum dibeli, pastu terus ke Genocide Museum & Killing Field, truly depressing places so on the way ke airport, kami terlajak, make a quick stop at RCAF (Royal Cambodian Armed Forces) Special Forces Airborne Base & try menembak guna AK47, deafening & heart wrenching (bole ke sedih masa menembak, hihih..) heart-pounding experience but truly worth it!

Flight ke Bangkok delay sejam & sampai Dong Mueng (pronounced as Dong Meng/'meng'gunakan) airport, sesak la pulak ya amat di imigresen. Selesai urusan, keluar cari drebar yang ditempah juga setahun yang lepas yang direkemen di tenet (tak guna drebar yang selalu NJ ambil sebab tak cukup korum). Bayangkan betapa tokojutnya den bila disergah sang drebar yang mukanya bak kapal pecah berlagak samseng, katanya dah lama tunggu?? Sebelum ni tak pernah lagi jumpa drebar yang kurang ajar macam tu, dan mereka tetap setia menunggu tanpa banyak soal walaupun flight delay. NJ dah rasa tak sedap ati dan rasa nak kensel je amik dia. Kami pun masuk kereta dan tetiba enjin plak mati daaaa.... NJ rasa lagi tak sedap ati nih, tapi dia soh tunggu sementara dia cari jalan penyelesaian. NJ masuk semula ke dalam airport utk cari minuman, pas bayar gi semula keluar lepak-lepak sambil tunggu drebar tu. Tetiba baru perasan NJ dah tertinggalkan tab di kaunter kedai tadi & apalagi, NJ sprinted like kijang lah!! Alhamdulillah, cashier tu baik ati simpankan & bagi semula kat NJ sambil bagi nasihat dalam bahasa Thai "hati-hati, hati-hati", agaknya lah, hihih... My hubby dah jeling-jeling kat bini dia yang helplessly careless nih. Ok, keter dah setel, kami pun menuju ke hotel dan citer kat drebar itinerary esok, tapi kaaannnnnnnnnnnn..........dia boleh kata esok korang amik teksi sebab amik dengan dia mahal, dia sibuk ada 5 grup lagi nak layan, ada tansri datok mesia nak datang panggil dia soh layan and watnot, and we like WHATTTT????? Walhal dah tempah lama, dah call konfem rega & itinerary buking tetiba dia buat hal cenggitu?? Bolehkah? Apakah? NJ argue tapi dia masih cakap benda yang sama sampai malas kami nak layan dan akhirnya terus diam. Gilerrrrrr!!!! Dahle langsung tak bagi alternatif lain sa bagi drebar lain ke, dia terus buang kami camtu je?? Memang dia buang je kami kat pintu hotel tanpa explanation & kami pun tak sempat bayar, terima kasihlah wahai drebar hantu!! Redho ajelah... Oh ya, sebelum cekin hotel, NJ sebenarnya dah direject oleh 2 hotel di kawasan yang sama atas sebab 'error in booking system' walaupun dah guna CC verification utk confirmation, so kami takde pilihan melainkan amik je mana-mana hotel yang available for the night (sebab hujung minggu, most hotels fully booked) & esoknya cekin hotel baru yang lebih selesa. So, all in all, we stayed at 5 different hotels throughout our 8 days travel, hahah!!

Day6
Amik Big Taxi Mr.Dranai dgn rega 2000baht 12 hours ke Chinatown, Chatuchak, Terminal21 & Asiatique. Shopping madness!!

Day7
  • Shopping Pratunam area; kalau stay kat area Pratunam, janganla termakan gula-gula drebar teksi & tuktuk yg offer 20-40 baht teksi/tuktuk ride utk bawa korang jenjln, for sure dorg akan bawa korg ke Gem Factory & kalau korg tk beli apa-apa di sana, muka dorg akan berubah jadi setan (sbb dorg dpt komisen yg banyak atas setiap belian customer yg dibawa ke GF tu) & silap haribulan akan ditinggalkan di tepi jalan seperti yg berlaku kat kitorg dulu. Bersepah la muka scammers tak malu ni kat Bkk, naik meluat plak NJ dengar dia kata "cheap-cheap tuktuk, no lie-no lie, I bring you to good shopping" like #*##!
  • Terserempak sheila rusli, what a small world, dan org mesia sangatla ramai di sini, tak macam 5-6 taun lepas
  • Sesiapa yg pernah pergi Platinum mall, pernah tak ternampak ada satu kedai yg bergantung-gantung baju (most from cotton shirt material) dengan signage murah-murah like 100 - 150 baht selai? Ada sorang salesbap (not woman not man, faham-faham je lah) yang sangat menghina orang Melayu & Muslim di sana, sila BOIKOT!! Sebelum NJ sampai, ada sorang perempuan bertudung dari mesia yg tgh membebel pesal salesbap yg kurang ajar ni, NJ masuk gak & belek-belek baju-baju tu. Tiba-tiba salesbap ni cakap "be careful na, you buy 5pcs, all big-big size, no small-smal one" dua kali, as if aku taktau yg situ sumernya wholesale, pastu mcm meroyan apa tah dia dok berbual kat sebelah NJ dgn sorg customer Thai japjap dlm English japjap dlm Thai, and NJ boleh paham sket, something like "Moslem customer no good, stupid don wan buy, just look-look and take out clothes to see" pongprangpongprang.... NJ tenung muka dia and said "kurang ajar!" and blah!! Nasib baik tak kena kejar, kahkah!! Ada ke plak tk pueh ati dgn customer lain, aku plak kena tempias?? This one I definitely sure I can say go to hell!
  • Selepas 6 kali bertandang, barulah 1st time jumpa kedai-kedai makan muslim kat area Masjid Darul Aman di Phetchaburi Soi 7, 300m dari Ratchathewi BTS Station & lebih kurang 1km dari Platinum Fashion Mall/Pratunam Market. Dah cuba masakannya & melalui pemerhatian, kedai-kedai kat sini mengenakan harga yang amat tinggi terutamanya kepada pelancong-pelancong muslim yg takde pilihan nih. Tapi rasanya takdelah hebat mana seperti yg digembar-gemburkan, biasa-biasa je & lagi sedap kalau makan kat sesetengah resto di mesia. Sebab tu NJ jarang nak rekemen mana-mana tempat makan di Goboklama sebab takut misleading & org lain tk pueh ati sebab tk kena selera. Apapun, thanks to informers yg meninggalkan banyak info ttg makanan halal di negara org, tanpa mereka, susahla muslim nk cari mkn. Kalau datang lagi sekali, NJ rela travel jauh sket ke resto Usman Muslim Thai nun di Sukhumvit. 
Day8
Pepagi dh cekaut, amik Mr.Dranai juga utk transfer ke airport. Babai Bangkok until we meet again soon!! Arif akan ke sana bersama bapa saudara & sepupunya feb depan & Mamanya berangan nk ngikut sekali, tak pueh ati sebab tk dpt mkn pad thai & sticky rice mango yg sedap aritu, wootwoot!!

Summary: Walaupun trip ni ada kureng sana-sini, NJ tetap bersyukur kerana dapat pengalaman yang sangat berharga untuk disimpan sebagai kenangan. Setiap kekurangan NJ pelajari dengan penuh keinsafan, setiap kelebihan NJ simpan sebagai rujukan untuk trip akan datang. Sejujurnya, bila setiap org bertanya "macam mana trip korg aritu?", org akan bercerita yg indah-indah belaka & selebihnya yang buruk disimpan. Tapi NJ tetap nk berkongsi baik & buruk setiap trip di Goboklama sebagai rujukan bersama. Sesiapa nak maklumat lebih lanjut, sila jangan segan hubungi NJ di goboklama@gmail.com.

And oh, sorry for the bad words here, this trip definitely took out the bad in me. 

'It's not the sugary sweet moments you savored throughout the journey, it's the experiences you gained that matters'

Gambar-gambar akan menyusul dalam Angkor Tour 2012 part 2.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails