Pages

Friday, December 07, 2012

Cuti-cuti..........

Seronoknya dapat cuti berehat golek-golek kat tepi pantai kan, kan, kan???.... Last week NJ entertain keluarga adik ipar yang datang bercuti ke KL. Almaklumlah dengan anak-anak kecik, aktiviti air tu wajib, so they all plan nak ke mana-mana water world di KL. Sekali lah kannnnn.....ada pulak beberapa orang yang tepon tak bagi pergi sebab dengar citer pesal kanak-kanak mati lepas main air kat water world mana ntah disebabkan penyakit kencing tikus. Sebenarnya berita palsu (dapat tau lepas trip), tu la pasal percaya sangat kabar angin internet nih... So kitorang kensel dan tanpa arah tujuan tetiba pek baju, JOM pegi PD!! wakakakakaka!!! Giler spontan, dahle hujung minggu, haruslaa tanya sana-sini untuk dapatkan tempat tidur, kan? Takdenya available dek non..... So kitorang singgah xtreme park dulu main go-kart beberapa round, pastu sambung semula carik hotel. Alhamdulillah dapat sebijik apartment kat Bayu Beach Resort PD akhirnya...... You know how crazy NJ is, when it comes to water kan?? So, dengan bersemangatnya lepas solat zohor, NJ, Arif dan bebudak kecik tu semua ke pantai, tengah panas buta, kaw kaw punya panas weh i kid you not, mandi-mandalah kami sepuasnya di dalam air yang nak kata jernih tak jernih, hijau tak hijau dan kelabu tak kelabu tu...... Tetibakannnnnnnn.....jengjengjeng.......berarak mendung kelabu, hujan pun turun. Orang lain dah start naik tapi Arif taknak naik-naik. NJ pun apa lagi, sama naik lalalalala.... Alhamdulillah cuma gerimis saja sampai ke petang so dengan suka hatinya kami meneruskan agenda mandi-manda, rendam-rendam, golek-golek tepi pantai sampai 4 jam kat sana, nyaman je rasanya. Serius tak ambik kisah pun nak pakai sunblock ke apa, almaklumlah tak panas......Serius NJ kata, walaupun PD tu tak cantik, air pun tak biru, tapi NJ rasa itulah percutian pantai paling seronok NJ rasa sebab dapat berlama-lama di pantai. Bayangkan baring di tepi pantai sambil pejam mata dan rasakan rintik-rintik hujan yang jatuh ke muka, best tak??

NJ cuma balik bila rasa kaki dah berat takleh nak berenang lagi. Sekali tengok cermin...habih muka hangus berbelang daaaaa........ Rupanya sejam yang panas tu pun dah cukup untuk menghanguskan kulit NJ yang dah memang sedia tan nih. Kulit tangan jangan citer la, kalau letak sebelah aci jiran umah NJ tu pun orang kata adik beradik, huahuahua.....Habihla angan-angan minah jenin NJ nak bergambor come-come next week masa trip ke *mana?* nanti....

Anyway, cuti sekolah masih panjang, mesti korang dah plan nak ke mana-mana kan? So, Selamat Bercuti semua & take care!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails