Pages

Tuesday, January 01, 2013

2013

Tahun 2013 dah bermula, banyak juga peristiwa penting yang berlaku pada tahun 2012. In shaa Allah yang pastinya, di antara peristiwa-peristiwa tersebut terutamanya perkahwinan, ianya hanyalah sebagai tanda permulaan baru untuk mereka yang terlibat dan juga sebagai tanda pertambahan jiwa umat Islam pada tahun ini. Dengan menyambutnya cucu saudara pertama Mac ini, adakah NJ patut melupakan impian untuk menerima zuriat seterusnya? Apatah lagi dengan pertambahan usia yang dah nak mencecah 40, haruskah? Ramai yang konpius mengapa NJ labelkan pos 'Anak-anakku' sedangkan anak NJ hanya seorang. Ya, anak kandung NJ hanyalah seorang saja setakat ni iaitu Arif Fitri, manakala yang selebihnya diceritakan di Goboklama hanyalah anak-anak saudara NJ yang berjumlah 35 orang yang NJ anggap sebagai anak-anak sendiri. Sesungguhnya rezeki itu ketentuan Allah s.w.t, siapakah NJ & orang lain yang harus mempertikaikannya?

Sekadar berkongsi artikel dari sini:

Sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hamba adalah rezeki.
Sesuatu yang diminta dipertanggungjawab oleh Allah adalah rezeki.

Rasa syukur atas segala nikmat Allah yang diberikan kepadanya betapa pun kecil merupakan saranan untuk mendapat keredhaan-Nya dan menjadikan orang itu berhak untuk mendapat tambahan rezeki dari-Nya. Sesungguhnya dilebihkan rezeki seseorang bukanlah bererti bahawa orang itu lebih dimuliakan dan diutamakan oleh Allah swt dari orang yang tidak mendapatkan kelebihan rezeki.

Allah yang melapang atau menyempitkan, mengangkat atau merendahkan, memberikan dan menahan rezeki seseorang. Dia mengayakan dan mencukupkan rezeki siapa saja yang dikehendaki-Nya dan Dia juga memiskinkan dan tidak memberikan kecukupan rezeki siapa saja yang dikehendaki-Nya

Ketakwaan dalam harta, tidak lain adalah memberikan harta itu kepada hamba Allah yang berhak menerima. Kerana dalam harta setiap Muslim itu terkandung hak orang-orang dhu’afa.

Seandainya setiap manusia menyedari akan hal ini tentulah hatinya akan merasa tenang terhadap rezekinya, In shaa Allah.
My favourite photo of the year 2012, bersama anak baru si Mika yang comel. Mamacik sayang & rindu Mika!

3 comments:

bangsawan nilai said...

ya rezeki di tangan Tuhan.
tapi...jgn berhenti 'berusaha' he he

m.u.l.a.n said...

kami pon rasa tak cukup dengan 2 ni.. tapi semua nya ketentuan Ilahi kan..

NJ said...

Bangsawan bernilai :p

Mulan, betul tu... ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails