Pages

Thursday, January 10, 2013

Serik!

SUBANG BESTARI: Satu rangka manusia dengan tengkorak, badan dan kaki dipisah-pisahkan serta mempunyai kesan bakar ditemui di tapak pembakaran sampah di kawasan projek perumahan banglo di Laman Permai, Subang Bestari hari ini.

Ketua Polis Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata rangka itu ditemui  seorang pemaju perumahan kawasan berkenaan yang melalui kawasan itu.

Siasatan awal mendapati sebahagian daripada badan dan kaki ditemui masih mempunyai daging dengan kesan gigitan binatang, katanya ketika ditemui di tempat kejadian dekat sini.

"Kita percaya mangsa kemungkinan dibunuh dan dibakar di situ sejak tiga hari lepas.

"Kita juga menjumpai pakaian serta kasut milik mangsa yang separuh terbakar dan ia dipercayai milik seorang lelaki dewasa," katanya.

Junaidi berkata tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan tiada sebarang laporan mengenai kehilangan orang sejak seminggu lepas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan. 
Petikan berita dari sini

***************************************************************************
Muka NJ terus pucat bila dengar berita ni Selasa lalu. NJ baru je lalu kawasan tu masa joging hari Ahad lepas, sorang-sorang. Biasanya NJ akan lalu kawasan semak tu untuk jalan pintas balik ke rumah tapi entah cemaner aritu boleh ter'frozed' sekejap kat atas bukit & rasa berat nak lalu situ lalu amik keputusan untuk lalu jalan jauh. Memangle laluan atas bukit tu agak sunyi & NJ pun ada berkata-kata dalam hati aritu "apalah bodohnya aku ni jogging sorang-sorang kat sini?". Dusyum! Amik kena bebelan hubby yang dah beberapa kali melarang NJ berjogging di situ, DEGIL katanya. 

Syukur Alhamdulillah bukan NJ yang jumpa mayat tu & NJ juga selamat bernafas sehingga ke hari ni......

Serik you!!!

2 comments:

m.u.l.a.n said...

woaahh... berani sungguh nj.. nowadays bawak kereta sorang2 tempat sunyi & malam2 pon seriau...

NJ said...

Mulan, dah tak berani dah pas aritu, jogging keliling taman je, hihi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails