Pages

Wednesday, February 13, 2013

Mendaki Bukit

Lepoh Waterfall - 350m
Bohey Dulang - 300m
Bukit Tengkorak - 500ft
Bukit Broga - 400m


WOW!! NJ tak percaya boleh jumpa dengan umat manusia seramai tidak kat atas Broga ni kalau tak lihat dengan mata sendiri. So, semalam kami ke Broga untuk jalan-jalan & sesampainya kat bawah tu dah terperanjat bila nampak banyaknya kenderaan yang ada kat tempat parkir. Dah sampai, teruskan jugalah mendaki. Memanglah raaaaamaaaaaiiiiiii ya hamat, macam pesta apa tah kat atas sana nun. NJ respect kat dorang sumer sebab yang naik bukit tu dari kecik besar tua muda sumernya dengan gigih naik sampai ke atas. Yang tak bagusnya, sepanjang-panjang perjalanan bole nampak sampah especially botol air yang dibuang di tepi-tepi jalan. Sungguh TAK BERTANGGUNGJAWAB! Dan NJ malu bila dengar dari jauh orang-orang yang menjerit-jerit bila sampai ke atas nih, what for ek? Sungguh TAK HORMAT! Apa tujuan korang nak menjerit-jerit tak tentu hala tu? Orang datang nak menikmati keindahan alam sekitar pun rasa terganggu dengan pekikan lolongan korang tu tau!

Saja lah nak sharing sket kat sini:

  1. Gear up! Sebelum ni NJ anggap trek Broga ni mudah tapi for 1st timer, memangle tak mudah, kalau hujan & jalan licin, lagi double/triple susah. Ada yang pakai selipar jepun, sangatla tak sesuai. Kalau trek lain mungkin hanya berjalan menaik & menggunakan kekuatan kaki saja, tapi kat Broga ni, kaki tangan diperlukan untuk berjaya sampai ke atas. So, pakaian & kasut yang sesuai amatlah diperlukan semasa pendakian. 
  2. Camera! Boleh je kalau nak bawa kamera bila mendaki tapi NJ nasihatkan supaya kamera tu disimpan dalam backpack dulu, bila dah sampai ke satu-satu tempat barulah dikeluarkan. NJ pernah nampak & dengar beberapa insiden kamera terjatuh & terlanggar batu masa trip mendaki ni. Ini haruslah berlaku kepada individu-individu bertrend GANTUNG ni. Kamera DSLR kan berat, macam-macam bole berlaku sepanjang perjalanan wahai cik adik encik abang oiii, trust me sebab NJ pun hampir-hampir kehilangan kamera kesayangan NJ cik Canon tu. 
  3. Bertenang! Kalau berjalan dalam kumpulan, silalah bertenang dan jangan berlumba siapa sampai dulu. Yang penting korang sampai, lainlah kalau ada perlumbaan kan? Take one step at a time, fokus pada pernafasan, assess situation yang sukar sebelum meneruskan pendakian, lihat sekeliling dan nikmati keindahan & kesegaran yang tersedia di sepanjang perjalanan. Tapi di Broga, sesak juga napas bila terserempak dengan beberapa smokers kat atas nun, maklumlah ramai......Sihatkah bila dah berjaya melapangkan paru-paru dengan udara bersih tapi nak sesakkannya dengan asap pula? Tepuk dada tanyalah peparu...
  4. Makan Minum! Ini terpulang kepada individu juga. Ada yang memerlukan tambahan tenaga yang banyak melalui makanan, ada yang hanya memerlukan air saja. Walau apapun, jangan lupa MINUM untuk mengelakkan dehidrasi kerana peluh yang keluar tu bukan sedikit, habis lencun gak atas bawah kan? Dan, jangan lupa bawa balik sampah korang tu semula, jangan anggap "eleh, kan ada orang akan bersihkan semua ni, apa aku heran?" Hello, tunjukkan tauladan yang baik pada keluarga, rakan-rakan dan orang lain dengan langkah kecil ni, lama-lama mereka akan ikut juga perbuatan kita. Sangatla tak manis bila NJ nampak orang yang dengan selambanya campak botol air di tepi jalan lepas minum, malulah sket woi! Wei, makanan minuman tu berat bila nak start mendaki, tapi dah sampai atas hanya tinggal sampul & botol kosong je tau, kan ke ringan? Takleh pikir ke haper korang nih?
Sorryle baca bebelan NJ nih, bukan apa, NJ bangga bila nampak semakin ramai rakyat Malaysia memilih gaya hidup sihat sekarang, yang mana ini sangatlah asing jika dibandingkan 10-20 tahun lepas. Setakat daki Bukit Broga & main Skytrex Extreme Challenge kat Bukit Cahaya Sri Alam tu pun kebanyakan orang bole cakap easy peasy, apatah lagi mendaki Kinabalu & Everest? Syabas rakyat Malaysia!! Cuma tolonglah sayangi alam sekitar bila korang mendaki tu, sama-samalah kita mengambil langkah yang kecil ni supaya generasi akan datang terutamanya anak cucu cicit kita akan dapat sama menghayati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.

"What we are doing to Nature is a mirror reflection of what we are doing to ourselves and to one another"


2 comments:

m.u.l.a.n said...

betol semua tu... paling tak tahan, sampah tak reti nak bawak turun.. very not healthy..

NJ said...

Mulan, so happy to see you in alam nyata, harap dpt jumpa lagi nanti masa lepak2 session kat pool tu, hihih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails