Pages

Tuesday, February 05, 2013

Semporna 2013-Part 1

We were welcomed by a gloomy weather on 1st day

but we were blessed with sunny day for the rest of our stay, Alhamdulillah...
Trip yang dah dirancang setahun yang lalu sekembalinya kami dari Semporna pada trip yang terakhir iaitu pada tahun 2011. Pada asalnya ada 8 orang termasuk kami bertiga dalam senarai tapi kita hanya merancang kerana Allah juga yang menentukan pengakhirannya..... Alhamdulillah, 2 orang anak saudara NJ pregnant & atas sebab-sebab tertentu, mereka dan suami terpaksa membatalkan trip ke sini. Seorang bujang lagi tu tanak ikut sebab abang kakaknya takde sekali. Hubby agak reluctant nak pergi sebab hanya kami bertiga saja tapi last minute dia akur dengan pujuk rayu NJ (muahahahah) maka kami pun buat persiapan untuk pergi, yeayyy!!! Sedih juga pada saat-saat menikmati pemandangan & keindahan perairan pulau-pulau Semporna kerana tak dapat dikongsi bersama mereka yang ketinggalan kapal terbang tu...

"Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana masih diberi kesempatan menikmati alam ciptaanMu yang amat indah ini, tetapkanlah imanku, tetapkanlah kakiku di atas bumimu, panjangkanlah umurku agar dapat ku melihat alam ciptaanMu dan berkongsi pengalaman ini bersama-sama keluargaku, rakan-rakanku dan juga mereka yang lain di luar sana"

Mohle kita layan gambor-gambor nih...


amik kat depan lodge je nih, hihih..
Arif ready to go for his DSD
Arif dengan sifu Raja. Photo by Azhar Adnan


Proud of you son! PADI OWD next!!

NJ jumpa beberapa interesting people di Mabul kali ni termasuk Stanley the owner of Spheredivers Lodge, Azhar, Raja & Nita the divers. Seronokkah kehidupan mereka sebagai full time divers? Hanya mereka yang tahu.....But Arif said yes, it was totally different experience being underwater, if snorkeling is fun, diving is hundred times more fun! NJ tumpang seronok dengar dia bercerita tentang pengalamannya nampak school of fish circling above him & penyu-penyu yang banyak kat bawah sana. No wonder divers from all over the world come to Semporna, again & again..... NJ tak banyak dapat ambil gambar underwater yang cantik kali ni sebab airnya too choppy, nak balance body pun payah ni kan pulak nak pegang kamera dengan stabil...hihihi....

macam gendong baby jer...


"sringgit, sringgit" atau "satu, satu" dah macam senandung kat budak-budak di Mabul nih...

Jom balik mainland!!

masih lagi pilih Seafest, senang sebab bot pun bole turunkan kami kat belakang hotel je.
Dah banyak perubahan yang berlaku di Semporna. Lebih banyak restoran, hotel/inn baru dan convenient stores dibuka sekarang. Tapi NJ tak banyak amik gambar di pekan kali ni, balik dari pulau rasa penat & malas semacam, rasa nak makan & balik rehat kat bilik jer...

Kami makan di salah satu restoran di bangunan baru, betul-betul di belakang Dragon Inn. Sipadan Inn 2 yang femes tu pun kat sederet bangunan ni.

Jeti Pelancong di Semporna, berdekatan Kampung Ayer/Kampung Bangau-bangau Semporna. NJ tak nampak keberkesanan jeti ni dalam membantu kemajuan perniagaan orang tempatan. Syarikat-syarikat pelancongan besar-besar je yang gunakan jeti ni untuk transferkan guests mereka dari airport Tawau ke pulau-pulau. Pas balik dari pulau, kebanyakannya terus pula ditransfer ke airport semula. Jadinya, pelancong-pelancong ni tak sempatle menjengah ke pekan Semporna untuk membeli-belah ke, makan-makan ke dan bukankah ini satu kerugian kepada locals? Dan oleh kerana jeti ni mengenakan bayaran RM2 (Malaysian) & RM10 (non-Malaysian), maka kebanyakan pengusaha kecil lebih suka pick & drop the guests kat jeti umum atau jeti-jeti lain di pekan Semporna. RM1 million ++ wo projek jeti ni, RM1 million wo...... Masa NJ melawat pada hari bekerja aritu, booth-booth jabatan gomen, NGOs & kedai ala chalet milik syarikat pelancongan tu macam sepi & takde org, NJ cuma nampak bot keluar masuk bawa pelancong asing jerr..... Sila baca lagi di sini

NJ malas nak cakap banyak......

Penatle hari pertama ni, kita jumpa hari kedua nanti yo..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails