Pages

Monday, May 13, 2013

The day I almost got robbed

NJ dah memulakan rutin berjalan uphill & jogging 1/2 kali seminggu sejak 3 bulan yang lepas di tempat kerja NJ di Kajang, alone...Hubby selalu cakap NJ ni degil tak nak dengar cakap orang & now yes, I've to admit it, NJ memang degil. Kawasan tu memang dah dilabel sebagai kawasan berisiko tapi NJ tanak dengar sebab pada NJ kawasan tu agak selamat dengan adanya pakcik makcik (mostly Chinese) yang rajin bersenam di sana setiap hari, but until today, my view was changed forever....

Pagi tadi, NJ memang ada rasa tak sedap hati macam ada sesuatu yang tak betul & berat kaki nak melangkah but I persevere & keep on walking. Bila sampai kat kawasan sunyi tu NJ rasa ok lagi sebab ada beberapa orang lagi di sana tapi bila dorang masuk selekoh, NJ keseorangan. Masa tu lah NJ dengar ada motor berhenti di belakang & somebody was running behind me. NJ tak fikir buruk & ingatkan hanya jogger saja. NJ toleh belakang & nampak lelaki (mungkin Melayu) tengah berlari laju di belakang NJ & NJ rasa tak sedap hati terus lari lagi laju. He managed to grab me from behind & did a body search (almost like molesting) sambil NJ meronta & jerit sekuat-kuat hati. Mungkin sebab NJ jerit sekuat-kuat tidak (sampai sakit kepala ya amat sampai sekarang) dia lari ke motornya & blah dari situ.

What if he brought a knife & stab me?

What if he kidnapped me & took me in his car?

Why I didn't bring a walking stick so I can 'bantai' dia?

What if I 'bantai' dia dengan walking stick tapi pastu dia pulak 'bantai' I balik kawkaw?

and the list goes on......

NJ hanya mampu beristighfar & mengaku kesilapan NJ yang selalu memberanikan diri membuta tuli. NJ akan lebih berhati-hati......

Update: Kisah yang hampir sama di sini

'Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim'.
 ~ Surah As-Sura ayat 40


3 comments:

pB said...

keno beringat doh lepah ni , bor g kawasae tu

Anonymous said...

i thot dulu ada tulis pasal similar site?? kenala jaga

NJ said...

PB, mmg tanak pegi lagi pun, dah serik...

Anon, yg last time tu kat umah yg ada kes pembunuhan, ini kat tempat kejer pulak, different area but devils are everywhere....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails