Pages

Thursday, July 11, 2013

Ekspedisi Kinabalu - Part 1

Rasa macam tak percaya dah menamatkan ekspedisi ni. Bermula dengan trip ini  NJ terus usahakan projek Kinabalu ni bersama rakan sekerja dan pelajar-pelajar yang nak turut serta. Hampir-hampir dibatalkan dan beberapa kali ditangguh (sampai beberapa students dah graduate), akhirnya pada 28 Jun lepas, kami berangkat ke KK dan pada 30 Jun kami mula mendaki ke atas. Wow, segala training yang dijalankan memang tak boleh dibanding dengan laluan ke puncak Kinabalu. Nuang? Broga? Lepoh? Batu Caves? Bohey Dulang? Semua sekali digabungkan kot baru sama dengan Kinabalu (at my fitness level & my age lah..). Pulak tu, seminggu sebelum bertolak, pergelangan kaki kanan NJ tercedera lepas naik beskal kat Taman Botani Shah Alam. Berjayakah NJ sampai ke puncak? errrrrrrr.......


Jackz adalah tokeh Kinabalu Tour Guide yang kami ambil pakej mendaki 2 hari 1 malam dengan harga RM800 sorang. Mula-mula memang rasa agak mahal tapi dia yang uruskan semua so kitorang hanya fokus untuk mendaki naik & turun je. SSL hanya bagi kami 6 slot 3 hari 2 malam dengan harga RM517 sorang. Kami start mendaki dari Timpohon Gate lebih kurang pukul 9 pagi, maklumlah semua 1st timers, tak larat nak tambah 2km ikut laluan Mesilau. Hasnin, AD & Heri adalah guide merangkap porter kami yang 13 orang nih.

Tangga mula ni lah masing-masing eksaited kemain, posing-posing, sengih-sengih amik gambar. Tangga ni jugalah bila dah turun nanti rasa macam nak nangis sebab kena panjat lagi pas kaki dah ketar-ketar macam seaweed jelly, huhu.... 

Tunggu, tunggu ku di puncak!
I think she's about my age, but look at her! NJ punya ngade, backpack pun suruh guide tolong bawak, ngehngeh...Porter rate untuk barang-barang pendaki adalah RM8 sekilo (return), barang-barang lain yang mereka angkat ni tak pula NJ tau reganya. They all ni angkat barang sampai Laban Rata je, pastu balik semula hari yang sama, terrerrrrr..... Ada juga teksi manusia yang dikenakan rega RM350 seorang untuk 1km. Kawan NJ tercedera kakinya masa turun dari puncak, so dia naik teksi, 5km sampai ke Timpohon gate, kiralah berapa. Tapi dorang bagi diskaun, pandai-pandailah kawtim.

Kagumnyaaa......

Ramainyaaaaaa.....kitorang stop kat Mempening Shelter for lunch. Setiap orang ada dibekalkan sandwich, buah & air. Tapi sampai ke sudah NJ tak makan pun bekalan tu, NJ hanya lalu makan coklat sekeping & kurma, dan energy water sampai ke atas. Tak lalu wei penat-penat nak makan bagai, itupun masa nak sampai Laban Rata dah rasa nak muntah cekelat, uwekk.... Serius bila sampai sini dah rasa pening-pening sket....After break, reality hit, oh no, only half-way-thru????




MasyaAllah cantiknya.....

Dah hujan, tapi tak lebat

Adoiyaiii..bila nak sampai nih....

Cantik tak terungkap...

Sikit lagi, sikit lagi, kata-kata semangat yang selalu NJ dengar daripada sesiapa saja yang bertembung di tengah perjalanan.

Alhamdulillah, akhirnya sampai jua ke Laban Rata pada pukul 4 petang. Nangis ke kak?


Pada yang bertanya di manakah anak bujang saya si Arif ni sepanjang perjalanan ke atas? Kami jumpa dia di starting point je, pastu dia dah menonong ke depan dengan orang muda yang lain. Dia cakap "I know you can make it & I know Ayah ada guide yang jaga", chewah chewah, sedap je dia cakap.... So orang terakhir dalam group kami sampai pukul 4.40 petang, ngam-ngam masa makan malam, check-in, refresh, solat & tido sebab esok nak bangun pukul 1 pagi prepare mendaki ke puncak pula, woohooo! Bolehke?

to be continued....
The most powerful weapon on earth is the human soul on fire ~ Ferdinand Foch
Ekspedisi Kinabalu - Part 2
Ekspedisi Kinabalu - Part 3

2 comments:

m.u.l.a.n said...

woowwww..... salute u..!!

NJ said...

Thanks Mulan, you can do it too! ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails