Pages

Wednesday, July 17, 2013

Ekspedisi Kinabalu - Part 2


1 July 2013 - 1 am

Hari dimulakan dengan bismillah.....nebes campur eksaited nih, Alhamdulillah kaki memasing yang krem-krem semalam dah pun beransur pulih. Sebelum bertolak mari kita bekfes dulu!

Restoran Laban Rata yang dibuka jam 2pagi, tapi dah ramai yang beratur sebelum tu, tensen tukang masak tu NJ tengok, berapa kali dia geleng-geleng kepala, mesti dia cakap "tak nyabo sungguh dorang nih", hihih...

Tengok tu.... wuui macam-macam pesen NJ tengok baju dorang, perghhh.....jeles.....oleh kerana NJ pakai yang cikai-cikai punya, maka berlapis-lapisanlah baju NJ aritu, bulat je nampak badan NJ, wakakaka....

Ini je yang larat ditelan, roti tu pun tinggal satu tak abis
Bismillah, lets go bebeh!

MasyaAllah cantiknya....



Finally, after much huffing and puffing, we reached the top of Mt.Kinabalu, Alhamdulillah, Alhamdulillah...but my darling hubby didn't make it. Sebelum sampai Sayat-sayat check point tangannya terkehel & our guide soh patah balik, sian dia....

South Peak, the prettiest of em all
Oppss? Tak sampai lagi rupanya?? Our guide kata kalau sampai KM8 dapat sijil hitam-putih je, hah?? Oooo rupanya sijil tu bergantung pada guide kita, cuma yang membezakannya adalah gambar kita di puncak Low's Peak tu. Kalau ada sijil kaler-maler tapi takde gambar kat Low's Peak, itu maknanya orang tu sebenarnya tak sampai lagi di puncak tertinggi Gunung Kinabalu. 

Maka dengan gigihnya, kami pun meneruskan langkah (masa di dalam gambar adalah masa turun). Masa ni memangle totally  "mind over matter". NJ fikir, we were blessed with such a good weather, takde hujan takde ribut walaupun malam semalam dengar ribut kat luar macam nak tercabut dinding & bumbung, rugi kalau tak teruskan. Muka, tangan & kaki dah kebas-kebas kesejukan tapi NJ fikir, orang lain pun sama, orang lain pun rasa yang sama, dorang dapat sampai so why can't I? Redah je lah....

Alhamdulillah, yeayy!! Macam tak percaya dah sampai. I shed my tears already at Laban Rata the previous day, so kat sini macam speechless, numb, cuma mampu ucap syukur pada Allah s.w.t yang telah memberi kesempatan kepada kami untuk menjejakkan kaki ke sini. Malu nak tunjuk muka yang dah bengkak, masa ni nak cakap pun dah tak boleh rasa apa, bibir pun macam kena bius je, sejukkkkkkk!!!! Nanti kalau nanges abis beku muka I, hihih...

Kawan-kawan



One of my favourite photos, sadly it's not me. Dah sampai sini memang tak ingat nak posing-posing bagai, macam-macam perasaan ada, for sure I was in awe! "Ya Allah sungguh indah ciptaanMu, hingga aku rasa teramat-amat kerdil di sini Ya Allah...."

Time to descend

Teksi, teksi.. Rasanya dorang tunggu group yang paling lambat turun & kat sini boleh dengar macam-macam dorang cakapkan, "nanti lambat tak dapat makan bekfes", "nanti lambat sampai Timpohon gate dah malam", "nanti lambat kena bayar lebih" etc. Guide kami ada sekali sebab kami antara yang paling lambat sampai di puncak. Tapi mereka taklah nak rush kami dengan kata-kata sedemikian.

Jumpa lagi Low's Peak, in shaa Allah..

Wow, kesunyian yang memekakkan di sini, rasa macam hanya NJ & Arif berdua je sebab jarak kami dengan orang lain  sangatla jauuuuhhhh....

Here is probably the most dangerous part of the climb, sikit je lagi sebelum sampai Sayat-sayat check point tempat hubby patah balik. Malam-malam memangle seriau semacam, siang hari kurang sket la takutnya. Teringat kata-kata Ong Hock Siew dalam Majalah 3, "after this part, it's a point of no return", maknanya kalau korang mengalah kat KM8 ke atas sebelum sampai puncak Low's Peak memang rugi weiiii....

kamon bebeh!!

Sikit lagi, sikit lagi... Sampai-sampai dah pukul 10.10, tengok orang kelam kabut macam apa ntah, rupa-rupanya kena cekaut sebelum pukul 10.30 kalau tak kena extra charges like beratus gituh... Gitulah citer saya menjejakkan kaki ke puncak Kinabalu. Citer yang tak best adalah citer turun gunung pulak...Nantilah senang-senang NJ citerkan.

So, on the way turun ke Timpohon gate bila bertembung dengan climbers yang baru naik & mereka tanya, "Sampai puncak Kak?", NJ jawab dengan bangganya, "Yes, of course, crawl if you must, like I did", hihih...


Courage is grace under pressure ~ Ernest Hemingway
Ekspedisi Kinabalu - Part 1
Ekspedisi Kinabalu - Part 3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails