Pages

Thursday, July 18, 2013

Ekspedisi Kinabalu - Part 3

Things you need to know about 'The Kinabalu Climb"

1. Kundasang adalah kawasan lembap yang kerap menerima taburan hujan sepanjang tahun, and in our case, almost everyday. Jadinya.....bersedialah menerima hujan yang turun terutamanya di waktu petang, tak kiralah masa naik atau masa turun. NJ dah prepare 3 set disposable raincoat tapi mengikut pengalaman, belilah yang tebal sikit, lebih selesa bila berjalan & boleh pakai banyak kali. Masa turun ke Timpohon gate hujan turun dengan lebatnya sampai laluan banjir dan di sesetengah tempat ada air terjun mini. Nak cepat punya pasal, masing-masing memberanikan diri dan redah je air deras tu. Masa ni disposable raincoat tu tak guna, abis lencun gak luar dalam sebab terlalu nipis. 

2. Speaking of wet, of course kalau nak senang, pakai je Adidas kampung, bila basah cepat je keringnya. Kawan-kawan NJ ada juga yang pakai Adidas kampung, sampai je ke puncak, sama dengan mereka yang pakai kasut mahal-mahal tu. Ikutlah keselesaan masing-masing. Mahal ke murah ke, janji sampai.


3. NJ bawa hairdryer untuk mengeringkan benda-benda yang basah terutamanya kasut. Pulun pakai sampai cair muncungnya, ahaks...


4.  Semua tempat penginapan takde air panas untuk mandi? Ini tak dapatle NJ nak pastikan, yang pastinya memang aritu kat Laban Rata & Gunting Lagadan takde air panas untuk mandi. Arif tunjuk hero, mandi air sejuk, pastu terus takleh bangun sebab krem. NJ paksa dia makan Panadol Extend, Alhamdulillah ok balik. So, nak ambil wudhu' ke, nak peepee ke poopoo ke, brace yourself with icy cold water bebeh!

5.  Masa nak turun, NJ pakai sandal. NJ rasa kalau NJ tak pakai climber tag, orang mesti ingat NJ ni porter, sampai ada orang tanya, "Eh Akak naik pakai selipar je?". Bukan selipar dik, sandal, and it's TEVA. NJ tau NJ akan bermasalah kalau turun pakai kasut sebab tekanan akan menyebabkan jari kaki & kuku NJ bertukar kaler biru, and it's PAINFUL!! So, trust me, pakailah sandal yang bagus dan jari kaki anda akan terselamat, hihih...

Not mine, tengok kuku-kukunya dah tukar kaler, and she's in pain

6.  Makanlah walaupun takde selera (because the need for carbs increases significantly during the climb & descend. All carbs is broken down to glucose and glucose is the main source of fuel for muscular activity and the only source of fuel for the brain. The higher the exercise intensity, the more glucose is required). NJ tak makan sangat & NJ sangat letih, muscle cramp blablabla... Lagi satu sebab adalah backpack NJ ada dengan porter. Most of the time, porter memang takde dengan NJ so, berhaus berlapar lah NJ sepanjang perjalanan. Lesson learnt; bring smaller backpack, the smaller the better, enough for 1 bottle of energy water, food & snacks only.
Bawak plastik je kak?

7.  Sesak nafas kerana kekurangan oksigen adalah perkara biasa, sakit kepala yang ringan pun biasa. NJ & beberapa orang kawan juga susah nak tidur sebab susah nak bernafas. Tapi jangan risau & panik tak tentu pasal, cuba bernafas dalam-dalam, kalau sakit kepala, cuba telan panadol biasa, kalau sakit kaki sakit badan, cuba telan panadol Extend, In shaa Allah dipermudahkan.

8.  Jalan berdua, jangan tunjuk terer (hubby selalu marah & kata NJ tunjuk terer). Gunung Kinabalu tu sangat besar, you never know what will happen. Masa hujan lebat tu, NJ tiba-tiba rasa takut, takut tak sempat sampai, takut stranded dalam hutan. So, NJ cepatkan langkahan walaupun pergelangan kaki dah sakit-sakit. Tiba-tiba masa melayan perasaan tu NJ dengar, "Hai Raha!", sangat jelas ok! NJ gembira sebab fikir ada somebody managed to catch up with me. I stop & wait. After few minutes, toleh-toleh belakang, tak sampai-sampai seorang pun. Kat depan takde orang, kat belakang pun takde, jadi siapakah yang menyapa NJ? Wallahua'lam, terpaksa juga NJ meneruskan langkahan walau hati dah seriau semacam....

9.  Knee guard, ankle guard & walking stick is a must! Kalau tak pakai, nanti kaki goyang sini goyang sana...Orang muda pun sama je NJ tengok. Hebatla korang yang bole lari bagai tanpa pakai apa-apa guard & tongkat masa naik turun tu. *clap,clap,clap!*

For me, the descend is toughest than the climb. It was exhausting, torturing & never ending. It took us 6 hours to reach the gate. Untunglah sesiapa yang kata dia takde masalah masa naik turun Kinabalu, salute you lah! Tapi pada kitorang, masing-masing ada masalah tersendiri, terutamanya kaki yang sakit macam apa ntah, kaki NJ pun ok hanya selepas 4 hari. 

Tapi, NJ tak serik. Pengalaman ni memang sangat AWESOME! I'll do it again in heartbeat. 
Semua orang boleh buat, so why can't you? 

Gunung Kinabalu is truly the highest mountain in South East Asia, tak caya? cer cek sini

It is not the mountain we conquer but ourselves ~ Edmund Hillary

1 comment:

m.u.l.a.n said...

awesome trip...!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails