Pages

Thursday, August 22, 2013

Katanya.....

Katanya…..lepas naik Gunung Kinabalu boleh berdepan dengan apa-apa cabaran yang mendatang. Hakikatnya....cabaran paling utama iaitu penyakit MALAS sangat sukar dihadapi. Tak sangka pula lepas balik KK aritu, dah berlalu pun Ramadhan & dah masuk 2 minggu pula Syawal, cepatnya masa berlalu. Macam-macam sebenarnya berlaku dalam masa tu, rugi pula kalau tak ceritakan di sini. Lagipun ini diari NJ yang boleh Arif kenang-kenang pada masa akan datang.

Clay Talks Exhibition
Sepatutnya diadakan pada bulan Mei lepas, tapi atas sebab-sebab tertentu ia ditunda sehinggalah perasmiannya pada 5 Ogos, 3 hari sebelum raya. Mau tak sibuk? Orang lain sibuk buat persiapan raya, NJ sibuk buat persiapan pameran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, abih satu lagi duty taun nih, lega rasanya.


My Bunga Series

Ayam by Arif

Kenangan raku workshop


Ramadhan & Syawal
Ramadhan berlalu dengan lancar sekali. Perasan tak puasa di Lembah Kelang taun ni agak relaks & tenang tidak diganggu dengan cuaca panas melampau seperti kebiasaannya? Tapi kan, Jalan TAR tetap ribut dengan manusia walau redup atau panas, wahwahwahwah..... NJ seperti biasalah, shopping raya dah tak menjadi keutamaan lagi. Hanya sehelai jubah membaluti diri di pagi raya penuh berseri, hihi... Meriahnya raya taun ni di Batu Pahat, keluarga yang ramai ditambah kehadiran empat baby baru, Adam, Zara, Khayla & Firas (amboi dua gegirl tu urbannya nama). Tak sabar nak tunggu lagi dua orang, 1 cucu saudara & 1 anak saudara, In shaa Allah. Dan yang pastinya syukur Alhamdulillah kedua-dua mak kami masih sihat boleh beraya bersama-sama anak cucu cicit, moga kami semua diberi kesihatan yang baik untuk sama-sama merayakan Syawal tahun-tahun seterusnya, amiinnn....


Keluarga I je yang tak bertambah, yang lain cer tengok gambar Big Family kat atas tu, fuiyoh!!

Misteri
Pernahkah anda diselubungi misteri? Hahahah misterilah sangat.... Ingat tak masa NJ kena panggil di KK aritu?. Ingatkan takde lagilah pastu. Raya kedua NJ bertolak ke Kelantan bertiga menaiki kereta lalu Gerik. Sampai di Tasik Banding dah nak malam, NJ pun tertidur. Tapi sebelum tertidur NJ ada cakap dengan Arif, apa kata Arif buat kajian kenapa kebanyakan orang yang penat memandu pastu berenti & tidur dalam kereta selalunya kena kacau. NJ dah kena beberapa kali, nak kata penat tak juga, sebab selalunya yang memandu adalah hubbyku. Masa tertidur tu le kena hempap (hapatah) kat tengkuk belah kanan, NJ antara sedar & tidak cuba gerakkan kepala tapi tak boleh, NJ sedar NJ ada dalam kereta & radio player memang tengah mainkan ayat Quran. Pelan-pelan NJ gerakkan kepala walau terasa berat & cuba nak panggil hubby. Sikit-sikit NJ toleh, bila sampai part bahu dah nampak rambut putih, bila tengok muka, bukan muka hubby tapi muka pompuan tua berkedut cam mak lampir mulut ternganga kepala tengadah macam orang mati. Barulah NJ ingat nak sebut Lailahaillallah berulang kali sampai terjaga. Dengan muka berpeluh NJ cakap kat hubby, saya tarik balik kata-kata tadi, tanak buat kajian lagi dah....sambil bercerita apa yang NJ alami, tapi hubby & Arif diam saja.

Sampai KB dah dekat pukul 12 malam, lepas solat NJ tidur. Arif & hubby tengah berborak kat ruang tamu dengan ahli keluarga yang lain. Aramak, sekali kena lagi da, kat tengkuk belah kanan juga, NJ rasa berat & cuba gerakkan badan pelan-pelan tapi benda kat sebelah tu menekan & mengeluarkan bunyi yang tak dapat digambarkan di sini. Ada rasa hembusan dingin di leher, entah macam mana kut lepas rasa sejuk tu NJ istighfar & tersedar sambil cuba nak register, kat mana aku nih? Bila nampak pintu bilik NJ terus bingkas bangun sampai tersungkur kat lantai & macam ribut terus lari keluar menuju ke ruang tamu. Nak baca ayat pun takleh sebab NJ period aritu. Ingat-ingatkan balik ada kelakar gak especially masa masuk semula ke bilik tu & tengok selimut terbarai betul-betul dari atas katil ke bawah masa NJ tersungkur tu, kihkihkih... Sapela yang suka sangat kat NJ nih? Hihihi.....

Kemalangan
Sehari sebelum raya, anak sedare NJ kemalangan kereta, raya ketiga family abang pula, seminggu lepas raya adik ipar pula, Isnin lepas anak sedare lagi sorang kena, semalam masa balik kerja NJ nampak kemalangan motor di mana penunggangnya memegang kakinya yang hampir putus, malamnya NJ dapat tau pula pasal kemalangan bas di Genting Highland yang mengorbankan banyak nyawa tu. Walaupun ahli keluarga NJ yang terlibat dalam kemalangan tu tak cedera, NJ sedih juga dengan mereka yang terkorban di Genting tu, Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban beragama Islam. Ada chinese friend yang kata, ini bulan hantu maaaa..... aiyoyo...ini semua Qada’ & Qadar Allah s.w.t, semua ni berlaku secara kebetulan je....

Musibah sana-sini
Sedihnya NJ tengok berita yang berlaku di negara-negara Islam yang bergolak tu. Ya Allah, selamatkanlah umat Islam daripada terus menerus ditindas oleh umat Islam sendiri, tak sedih ke tengok mayat-mayat bergelimpangan terutamanya mayat kanak-kanak? Zalim sungguh zalim & tak berperikemanusiaan langsung. Ada pula rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam yang tak prihatin sungguh dengan situasi yang berlaku ni. Sehari sebelum pengeboman (katanya gas beracun) di Syria, ada konsert berlangsung di Malaysia. Bukan konsert Nasyid ye kengkawan, tapi konsert Rock katanya. Sampai stesen radio & tv berlumba-lumba mempromosikan konsert tu yang diadakan di bulan Syawal yang mulia ni. Apakah kebanyakan rakyat Malaysia ni dah dimuakan dengan hiburan semata sehingga mereka desensitized? Mari sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan umat Islam sejagat ye kengkawan?


Begitulah cerita yang berlaku sepanjang sebulan setengah nih, nantilah NJ senang kita bercerita-ceriti lagi.

Misteri Goboklama...

2 comments:

m.u.l.a.n said...

i ni pon terkebil2 nak update trip scandinavia dulu...

NJ said...

Takpe Mulan, slo slo ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails