Pages

Saturday, December 14, 2013

Thai trip - Part 1

Seminggu lepas ke Vietnam, NJ 3 beranak berlepas pula ke Thailand. Panjang sungguh perjalanan kali ni, fly to Krabi-van to Don Sak pier-ferry to Koh Samui-catamaran to Don Sak pier-van to Surat Thani train station-train to Bangkok-bus to Golok-motorbike to Rantau Panjang-taxi to KB-fly to Subang Skypark, phew!...NJ buat trip ni semata-mata nak bagi pendedahan kepada Arif tentang selok-belok perjalanan backpacker la kononnya, kan dia nak travel solo pasni. Tapi bab-bab penginapan & makan-makan tu bukan backpacker punya bajet la, mak bapak dia nak gak rasa selesa pas penat-penat jenjalan jauh-jauh kan? hihih...


Wow, gini rupanya Krabi, patutla happening sangat sampai pening NJ nengokkan. Manusia sikit punya ramai daaa... Tak ada apa pun yg spesialnya cuma pemandangan yg cantik masa island hopping. Itupun NJ rasa pulau-pulau perairan Semporna jauuuuuhhhhhh lagi cantik dari sini. Rindunya nak ke Sabah bah....


Jom balik!

Dua hari je kat Krabi, pastu kitorang meneruskan perjalanan ke Koh Samui.



Adoiyai, Koh Samui pun sama je macam Krabi, dahle jauh & lama nak sampai kat sana, bandar dia pun lebih kurang Krabi, banyak kedai baju & sebinier yg NJ dah berjaman nampak kat mana-mana tempat kat Thailand nih, ada pub & bar yg bersepah-sepah, massage parlor & whatnot dan macam-macam lagi yg NJ rasa nak tutup je mata laki & Arif daripada melihatnya. Even ada sorang drebar teksi yg suruh Arif datang sini lain kali sorang-sorang jangan bawak parents katanya? Pastu dia cakap orang Malaysia ketinggalan 100 tahun kebelakang sebab makan pakai tangan? Pastu dia citer pasal pistol & pembunuhan pelancong yg berlaku kat Koh Samui bole dicover dengan duit? Nak tembak orang senang je, bawak kat tempat gelap & beng!! WTF, WTH, WTABC!!! Sakit hati tak? Nasib la NJ buking Cocopalm beach resort yg dapat mengubati hati yg duka lara ini....


Ok geng, mari kita teruskan perjalanan ke Bangkok!






Train 86, 2nd class sleeper to Bangkok
Sukala budak momok ni




Di Bangkok, NJ dok kat Hi-Mid Bangkok, sister hotel Hi-Sukhumvit yg NJ biasa duduk sebelum nih. Sebelum ni NJ amik bilik bertiga tapi disebabkan Arif makin membosar, kali ni NJ campak dia ke bilik dorm, lagipun lepas ni kalau travel solo pun memang dia duduk kat dorm kan? Padan muka dia, hihih.. Tapi hostel@hotel ni memang terjamin kebersihannya. Ada DIY laundry boleh la NJ basuh baju-baju kotor yg berlambak tu. Breakfast pun basic tapi dia provide roti 'Halal'. Yes, ada orang kita tak tau bahawasanya bukan semua roti Halal ye especially yg kat bakery tu. Sila ambil perhatian. Tamo la dok kat area yang penuh dengan manusia yg sakan bershopping tuh, kalau kita berselisih jalan & senyum pun bukannya dorang pedulik. Kat sini lagi tenang, nak ke mana pun senang sebab BTS Victory monument just a walking distance.

Bersambung ke bahagian 2...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails