Pages

Saturday, December 14, 2013

Thai trip - Part 2

Bangkok oh Bangkok, dah kali ke-7 kali ni NJ pegi. Apa yg specialnya BKK nih? Well, it depends, ada orang yg pegi sekali dah tanak repeat lagi, NJ pula ada beberapa sebab mengulang repeat ke BKK, sama ada bawa rombongan atau saja nak transit dari perjalanan ke destinasi yg lain. Pada NJ, BKK tetap istimewa di hati kami kerana setiap kali kami pergi ada saja benda baru yg kami jumpa atau pelajari. Nak pergi merantau jauh pun bajet tak mengizinkan, apatah lagi kat Malaysia ni aje masih banyak lagi tempat yg kami belum pergi. Tapi insha'Allah kalau ada rezeki lebih, kami akan pergi jauh lagi, semoga diizin Allah & dipermudahkan.


Victory Monument


Bangkok Art & Culture Center

Sculptures at The Queen's Park

Terjumpa semula kedai makan Halal kat Silom yg kami (Arif takde lagi) pergi 19 tahun lepas masa rombongan ITM
Centra Central Station Hotel

Hari ke-3 kami tukar hotel dekat dengan area Chinatown. Satu lagi sebabnya kami tak plan nak balik ke Malaysia naik apa, so hotel ni paling dekat dengan stesen keretapi, senang kot nanti nak amik tiket balik. Nampak tu, dari atas dah nampak stesen keretapi Hualomphong, MRT Hualomphong pun sebelah stesen je, senang nak ke mana-mana. Tapi bila sampai sini kitorang tukar plan, beli tiket bas terus ke Golok je.


Last day nak balik Malaysia, pagi-pagi kami dah menapak ke Chinatown konon nak shopping last minute. Tengah syok-syok pilih barang tiba-tiba dengar 'preet.preet.preet!!' Rupa-rupanya hari ni perarakan terbesar oleh kumpulan penentang kerajaan dah bermula. Kitorang pun join sekaki le, ingatkan pendek je arusnya, tunggu punya tunggu tak putus-putus arus manusia yang lalu kat Chinatown tu. Gelabah le pulak memikirkan yg jalan-jalan kat Bangkok ni disekat & kitorang tak dapat pergi ke Sai Tai (stesen bas arah Selatan Thai). Apalagi, cepat-cepatle menentang arus balik ke hotel, kemas-kemas barang & cekaut.





Pandangan dari atas hotel
Dipendekkan citer, dapat juga akhirnya ke Sai Tai lepas puas berpusing-pusing kat stesen Hualomphong cari teksi. Teksi takde sebab dorang tanak masuk area tu & ada gak yg join sekaki dalam perarakan tu. Tapi kena double charge lah pulak dengan van sapu tu, ceh!


Perghh, naik bas Super VIP lah sangat, harga pun lagi mahal dari tiket AirAsia. Pakkal je nak bagi rasa pengalaman kat Arif naik bas long distance kan, terpaksalah jugak menahan diri daripada rasa tak selesa. Masa lalu area Pattani-Narathiwat-Golok, boleh nampak sepanjang jalan ada je road block, polis & tentera pegang senapang yang stationed kat tepi-tepi jalan. Gerun gak, tapi lebih gerun bila esoknya baca berita ada tembakan berlaku kat Pattani yang menyebabkan beberapa penduduk mati masa hari kitorang lalu tu. Sampai bila la tempat ni nak berterusan bergolak... So, lepas 17 jam perjalanan, Alhamdulliah tiba di stesen bas Golok, hujan dah menyambut. Teksi memang takde kat situ, yg ada cuma motosikal, so lepas bekfes, amik sorang satu motor (ada pemandu), teruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Selama ni rasa kelakar gak bila tengok orang naik motor pegang payung, sekali kena kat muka sendiri daaa....

So, kitorang berehat kat rumah keluarga hubby sebelum bertolak ke KL keesokan harinya. Berbaloikah trip kali ni? Definitely & would love to do it again. 


Home Sweet Home...

1 comment:

m.u.l.a.n said...

ingat nak pi visit kawan kat sana tapi seriau dgn keadaan politik sana...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails