Pages

Monday, January 27, 2014

Random muse

Semalam tengah hari makan ikan kembung bakar saiz kecik, sayur sejemput (takde nasi) & teh o ais di sebuah restoran di Kajang, cer teka berapa I kena bayar? RM9.30. Wow! Tekejut I.... Sebab selama ni bila makan orang sebelah yang bayarkan, so tak rasalah banyak mana kenaikan harga tu. I was like, seriously? Ok.....

Macam mana kalau orang dari jauh contohnya dari Kelantan datang melawat sedare kat KL nih tiba-tiba lapar & singgah makan kat restoran tu, tak ke terperanjat dia bila kena bayar harga menjulang tu? Kesian tau.... NJ senang je, walaupun NJ tau kenaikan harga barang tak dapat nak dielakkan sekarang & peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab ni sesuka hati jer nak naikkan harga, NJ akan boikot kedai/restoran dia sebab NJ boleh cari tempat lain yang kenakan bayaran yang berpatutan dan munasabah dari tempat tu. Dan banyak lagi alternatif lain untuk mengisi perut selain daripada pergi makan kat luar. NJ tak kisah kalau harga makanan tu lebih tinggi daripada biasa asalkan rasanya sedap, portionnya bagus dan kualiti perkhidmatannya tip-top, tapi kalau rasanya so-so, tempatnya pula ala kadar, pekerjanya pula biadap, alamak..... sedey laa.....Macam nak kenakan sesama bangsa jer....

Entahlah, NJ pun berbelah bahagi sama ada nak sokong atau nak boikot peniaga-peniaga ni sebab bila difikirkan, kita makan makanan Halal kat luar negara tu, harganya pun jauh lebih mahal daripada kat Malaysia tapi sebab terpaksa, kita rela membayar walau mahal macam mana pun. Adakah sepatutnya kita berbuat yang sama di sini dan terpaksa merelakan segalanya? Sokong walaupun tau harga yang dikenakan agak melampau dan tak munasabah? Entahlah....

Semalam juga NJ beli barang dapur kat satu groceries store di Shah Alam. Lepas bayar Arif cakap "Ma, tahun 2014, beli barang 3 plastik kecik dah kena bayar RM120.00, macam mahal jer....". Yelah nak oiii.... 10 tahun dulu beli RM100 dah penuh 1 troli. Cer fikir 10 tahun akan datang? Berapa banyak barang yang boleh dibeli dengan harga RM100? 1 plastik atau 1 barang jerr? Woohooo.....

Seriously, I don't know what to say....

'One man's wage increase is another man's price increase'
~ Harold Wilson

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails