Pages

Friday, March 14, 2014

MH 370

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menghentikan penggunaan kod pesawat MH370 dan MH371 untuk laluan penerbangan Kuala Lumpur- Beijing-Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan untuk penumpang dan krew yang hilang bersama pesawat MH370 pada Sabtu lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MAS, kod penerbangan MH370 akan digantikan dengan MH318 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sementara kod MH371 akan diganti dengan MH319 untuk penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.
MAS berkata dua kod baru itu akan berkuatkuasa mulai esok.
“Tiada perubahan kepada jumlah penerbangan dan MAS akan terus mengendalikan perkhidmatan harian dua kali ke Beijing.
“Doa dan ingatan kami akan terus bersama rakan serta penumpang pesawat MH370” kata MAS dalam satu kenyataan media.
Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.
Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.
* Sumber dari sini
Tiket hubby 2 tahun lepas, MH 370 

Bismillahhirrahmanirrahim...
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah kami mohon penjagaanMu terhadap agama kami, iman kami, jiwa raga kami, harta benda kami, isteri kami, anak pinak kami dan segala sesuatu yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka berada dalam pemeliharaan, keamanan, perdampingan dan perlindunganMu dari semua syaitan yang jahat, si sombong yang bongkak, pandangan yang jahat, orang yang zalim dan dari kejahatan setiap yang membuat angkara kejahatan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, indahkanlah kami dengan kesihatan dan keselamatan, jadikanlah kami benar-benar orang yang bertaqwa, dan beristiqamah, hindarkan kami dari segala yang mengundang penyesalan baik di masa kini atau di masa akan datang, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa (hambaMu).

And the sun looks sad and angry....jerebu makin teruk
Please take care of yourself and your loved ones...

1 comment:

m.u.l.a.n said...

moga semua kembali dgn selamat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails