Pages

Saturday, August 30, 2014

40

Terjumpa status seseorang di fesbuk:

"The secret of staying young is to live honestly, be happy, eat slowly and lie about your age"

No, I don't lie about my age, and I'm happy.




Tahun ini banyak perkara yang berlaku, cucu sedare bertambah-tambah, yang mana selamat melahirkan anak last year, this year peknen lagi, Alhamdulillah produktif sungguh anak-anak buahku... Kekadang confuse juga bila nak membahasakan diri dengan gelaran 'Acik' atau 'Nekcik'. But I don't mind being called 'Nekcik', it keeps my feet on the ground...

Terkini:
Anak saudara = 36, coming soon 1
Cucu saudara = 6, coming soon 2
Anak = Still the one and only 1


Kakak sulungku pula sebelum raya didiagnos breast cancer. Teringat NJ dulu pernah buang lump yang sama tetapi disahkan non-cancerous. Dah 10 tahun NJ tak buat follow-up, rasa macam fobia... Mampukah NJ menghadapinya kali ini jika berlaku yang sama? Wallahua'lam... NJ  tahu kakak bersedih & kami sekeluarga turut bersedih dengan berita ini. Kami akan sentiasa memberikan sokongan agar dia tabah menghadapi dugaan ini. Semoga dia cepat sembuh dan seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan ceria dan bahagia bersama keluarga, In sha Allah.

Mummy dearest pun haritu masuk wad untuk dua hari kerana keracunan makanan. Ada darah tinggi, kencing manis & gout lagi. Kesiannya mak... Tak sanggup tengok mukanya menyeringai menahan sakit kaki setiap kali berjalan. Disuruh berpantang, habis dilanggar dan dimarahnya pula kita. Katanya kalau semua tak boleh makan, dia nak makan apa? Harapnya dia boleh ikut sikit-sikit the 'dos and don'ts' yang NJ tampal kat dinding.

NJ dah amalkan sikit-sikit pemakanan sihat semenjak 10 tahun yang lepas, walaupun kadang-kadang terbabas juga. NJ juga ada bersenam ikut mana mampu, walaupun kadang-kadang kemalasan juga. Kalau dulu mungkinlah NJ cakap untuk menghindarkan diri daripada penyakit tetapi kali ni, NJ rasa persediaan itu lebih ke arah mempersiapkan tubuh badan NJ untuk menerima dan menghadapi rawatan-rawatan yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang mungkin singgah di tubuh badan NJ, nauzubillah minta dijauhkan...

NJ selalu terfikir yang NJ ada penyakit, kerana dengan memikirkannya NJ akan sering memikirkan mati dan berusaha memperbaiki diri. NJ rasa masih banyak kekurangan NJ di dalam persediaan menuju ke arah ITU tetapi NJ sedang mencuba. Nafsu NJ terhadap duniawi dan kebendaan masih menebal tetapi NJ sedang berusaha mengurangkannya sedikit demi sedikit. Memikirkan berapa lama lagi masa yang dipinjamkan oleh Allah swt kepada NJ membuatkan NJ rasa takut dan gentar. Siapa yang tak takut mati? Manusia biasa mana yang tidak berbuat dosa? Tetapi, bukankah impian setiap kita agar matinya di dalam husnul khatimah bukannya su'ul khatimah? Bukankah sedikit perubahan adalah lebih baik daripada tiada?

Rasanya baru semalam NJ berbual dengan hubby, 'Yang, kalau umur purata rakyat Malaysia 60 tahun, hari ni saya dah 30 tahun, bermaknanya ada lagi separuh hayat untuk saya hidup di dunia ni.' Tiba-tiba 10 tahun dah berlalu, berapa baki masa yang tinggal, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.....

"Ya Allah, panjangkanlah umurku sekiranya kehidupan itu memberikan kebaikan kepadaku, keluargaku, bangsaku dan agamaku. Ya Allah, murahkanlah rezekiku sekiranya harta itu  memberikan kebaikan kepadaku, keluargaku, bangsaku dan agamaku"


Selamat Hari Ulangtahun yang ke-40 NJ, hari ini 30 Ogos 2014.

Sekadar berkongsi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails