Pages

Monday, August 25, 2014

Georgetown Festival 2014

Baru-baru ni NJ berkesempatan membawa beberapa pelajar Art & Design ke Georgetown bersempena berlangsungnya Georgetown Festival di sepanjang bulan Ogos ini. The trip was an eye opener, it was WOW! Banyaknya yang boleh dilihat dan banyak lagi yang masih belum diteroka. Banyaknya pameran dan program seni yang berlangsung tertumpu di kawasan Georgetown membuatkan peluang ini tidak disia-siakan oleh pelajar. Selain daripada program seni, kawasan Georgetown juga merupakan kawasan yang tersendiri dan unik, dari seni binanya, sejarahnya, penduduknya, makanannya dan macam-macam lagi. 3 hari ternyata terlalu singkat untuk menjelajah kawasan yang sangat kaya dengan kepelbagaian budaya ini.

Tapi kebanyakan rakyat Malaysia sendiri tidak tahu tentang Georgetown Festival. Mereka hanya ke sana untuk mural hunting & food hunting. Jadinya pameran-pameran yang ada tu macam sepi tanpa pengunjung, hanya ramai semasa pembukaan dan pada masa-masa yang lain, ianya kosong. Harapnya pada masa akan datang, lebih ramai rakyat Malaysia yang membuka mata dan cuba membuka minda kepada perkara-perkara berkaitan seni supaya hidup kita lebih kaya dan terbuka dengan kepelbagaian budaya.

Terima kasih juga kepada blogger-blogger yang gigih  mencadangkan dan mempromosikan makanan-makanan sedap di Penang. NJ dah pekena:
  • Nasi Kandar Line Clear
  • Mee Sotong Hamid Pataa
  • Laksa Penang Padang Kota
  • Sotong Kangkung Padang Kota
  • Roti Bakar Telur Goyang Jln.Transfer
  • Roti Canai Jln.Transfer
  • Cendol Balik Pulau
Gigih tak, gigih tak? Hakikatnya tarikh pergi tu hanya seminggu lepas raya membuatkan NJ mabuk makan. hahaha...NJ menginap di salah satu hotel di Jln.Penang so kebanyakan tempat makan di atas hanyalah sepelaung jaraknya, jalan kaki pun sampai. Pasar Chowrasta tempat orang beli jeruk tu pun dekat ya hamat. Tapi di situ bukan jeruk yang menarik minat NJ, rupanya telekung cotton berkaler kat sini harganya murah semurah yang dijual di Bandung/Jakarta, harus tak rembat?

Arif ditemani sepupunya Akim

Salah satu program seni ala-ala guided tour yang disertai
Antara yang mengikuti
credit to Kevin

credit to Jordan
credit to Terry

Malaysiaku indah, mari Cuti-cuti Malaysia!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails