Pages

Tuesday, September 30, 2014

Pulau Sibu, Johor

Tetiba rasa nak berenang puas-puas kat laut masa cuti sekolah aritu. Arif pun baru habis percubaan SPM, so Mama pun berangan dulu. Hubby kata no popular beach, no pulau, no jauh-jauh, no obersea. Hoooo...mana nak carik wo? Terjumpa la satu tempat yang macam tak berapa nak popular kat Pulau (no pulau?) Sibu, & hubby pulak tetiba setuju dengan tempat tu walaupun sikit jauh, yeayyy!!! Alhamdulillah.... so we packed, and we start the journey...

Dari rumah ke jeti Tanjung Leman je dah 5 jam. Kami Exit Air Hitam-Kluang-Jemaluang-Tanjung Leman. So, kalau nak ke Pulau Sibu atau Pulau Tinggi memang guna jeti ni, kalau nak ke Tioman & pulau lain, pergi ke jeti Mersing. Di jeti Tanjung Leman kena bayar 3 jenis fees sebelum naik bot.



Total for adult - RM15. Bayar di kaunter berlainan, kalau first timer yang tak tau, memang agak annoyinglah..... 

Bot bertolak pukul 12.30, sampai Pulau Sibu pukul 1, menapak masuk ke resort 20 minit (uphill, pheww!), cekin & rest kat bilik. Resort tu macam dah lama, macam tak terjaga, tapi pemandangannya sangatlaaa cantik sampai sekarang terbayang-bayang laut yang terbentang luas masa buka pintu sliding villa kami.......Lucky us, memang kurang tetamu masa tu. So most of the time pantai tu memang kami yang punya, huahahahah..... 






Sunrise

Dan takde aktiviti lain kat sana kecuali mandi, bersantai dan stargazing at night, so 2 hari kami berjalan-jalan ke kampung terdekat di Pulau Sibu, jauhla jugak menapak....





Seronok dapat berbual dengan orang kampung, tapi kesian gak dengar cerita mereka. Rupanya banyak gak cabaran untuk mereka yang duduk di pulau-pulau ni, terutamanya yang berkaitan bekalan makanan dan barang-barang keperluan harian. Ingatkan kat pulau senanglah dapat ikan, rupanya selepas diwartakan sebagai taman laut, aktiviti penangkapan ikan dah tak boleh dilakukan di kawasan sekitarnya kecuali yang dapat permit. Untuk dapatkan bekalan mereka terpaksa naik bot untuk ke tempat lain. Kalau nak beli barang lain, sekali-sekala lah mereka keluar membeli-belah, itupun tempat yang paling dekat di Tenggaroh sinun. Warga emas kata orang muda kebanyakannya pilih kerja di bandar, jadinya penduduk pulau dah tak banyak macam dulu. Bayangkan sekolah rendahnya humang aiii 3 tingkat dek non, tapi pelajarnya cuma 29 orang & cikgunya 9 orang. Belum cerita lagi pasal musim tengkujuh, kalau cuaca elok, bolehla naik bot ke jeti Tanjung Leman, kalau laut bergelombang setiap masa, tersangkutla pulak kat pulau 2-3 bulan. Ya Allah, bersyukurnya kita yang duduk dikelilingi kemudahan ni, rasa kesian dan rasa tanggungjawab untuk membantu memang ada tapi tak tau macam mana caranya....

Tunggu, aku datang lagi...
"Life is too short and it changes quickly, look around you and feel grateful for what you have" ~ Anon

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails