Pages

Saturday, February 07, 2015

Brunei

Kalau nak ke Brunei dari Miri kereta pun kena ada passport juga. So mintaklah siap-siap daripada tuan empunya kereta sewa tu ye. NJ kena bayaran tambahan RM50 untuk bawa masuk kereta ke Brunei, mungkin orang lain, lain pula prosedur & bayarannya, wallahua'lam. So kitorang pun pagi-pagi pas bekfes dah bergerak menuju ke Kompleks ICQS Sungai Tujuh yang mengambil masa hanya 30 minit dari hotel. Rupanya dari checkpoint tu pula mengambil masa 1 jam setengah/2 jam bergantung kepada kelajuan kereta. Hubby seperti biasala bersantai-santai bersopan santun bawa kereta di tempat orang. Jadinya total 2 jam untuk sampai ke bandaraya Brunei. Kitorang kat sana tak sampai 2 jam pun dah balik, hahah... Oh ye, jangan lupa isi minyak cukup-cukup sebelum masuk Brunei sebab kereta Malaysia hanya boleh isi minyak di beberapa stesen minyak saja di sana. Kitorang kena reject masa nak isi minyak kat satu stesen tu, sedey betol, terus takde mood nak jalan-jalan.....

Paspot kereta

Tol Sungai Tujuh - RM10

Kompleks Imigresen Malaysia


Kompleks Imigresen Brunei


Tol Jambatan Rasau - B$3








Tamu Kianggeh
Tahai


Asam Aur
Siapa kata kat sana tak payah bayar apa-apa? NJ masuk tandas pun kena bayar B$0.20 you! (50 sen). Parking kat tepi jalan kena bayar B$1 sejam. Masa kitorang sampai dah start hujan renyai so kitorang pun tak pergi naik bot ke Kampong Ayer, tengok je dari kejauhan, jadile..







Jom balik

Singgah Kuala Belait


2km beratur like this

Babai Brunei!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails