Pages

Friday, February 06, 2015

Gua Niah, Miri

Silalah ke sini sebelum pergi ke gua-gua lain di negara lain. Hargailah alam semulajadi yang kita ada di samping memanjatkan syukur kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk melihat keindahan alam yang diciptakan olehNya untuk tatapan dan renungan bersama. Tak tau lah nak gambarkan macam mana perasaan bila masuk ke Gua Niah gua terbesar di Malaysia ni. Gambar pun tak boleh menggambarkan betapa besar dan hebatnya gua ni, so korang kena pergi sendiri, cipta pengalaman sendiri. Suka atau tak suka, itu pengalaman korang sendiri. Kenapa NJ kata begitu, sebab cerita di Goboklama ini merupakan pengalaman peribadi NJ sendiri jadinya segala perasaan yang digambarkan di sini hanyalah merupakan pengalaman tersendiri NJ, tiada niat nak berlawan-lawan, tiada niat nak mempengaruhi sesiapa untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang NJ dah pergi, tiada niat untuk mendatangkan iri hati atau sakit hati kepada sesiapa jua, dan tiada niat untuk membangga diri kerana dah berjaya sampai ke situ sini atau berjaya mencuba itu ini atau dah merasa itu dan ini. Jadi, janganlah berkata "eleh, setakat tempat cenggini, aku dah lama pergi malah aku dah pergi ke tempat-tempat yang lebih hebat lagi" okeh? Kecik hati NJ mendengornya. Tak baik tau, NJ tak tanya pun.... Eh, jom le tengok gambor!


Perjalanan dari bandaraya Miri ke sini mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam atau 2 jam, bergantung kepada kelajuan kereta. Yang kelakornya, masa kitorang breakfast kat hotel, ternampak 2 orang gadis bersarapan pada masa yang sama, bertolak dari hotel pada masa yang sama, tetapi bila nak sampai ke pintu masuk Gua Niah (1 jam berjalan kaki), terserempak dengan mereka yang dah berpatah balik ke pintu masuk. Sempat berbual dan bertanya laluan mana yang dorang ambil boleh sampai cepat, rupanya laluan yang sama cuma kitorang yang lambat sebab bergerak ala-ala santai gitu, baik dengan kereta mahupun dengan kaki, kihkihkih...

Bayar RM1 pergi balik, tak sampai 5 minit dah sampai ke jeti seberang


Bangunan usang menyambut kami

Tak jauh, 3km jer, not....

Lets walk a long walk...
and walk....

and walk some more....

Kalau penat boleh berhenti
Jaga-jaga ye berjalan di sepanjang laluan ke gua nih, ada sesetengah tempat yang licin terutamanya kalau baru lepas hujan. NJ beberapa kali hampir terjatuh, dan last-last jatuh gak selepas ketawakan Arip yang jatuh gedebuak dulu. Tak pakai kasut yang sesuai? Tiga jenis kasut kitorang pakai, tiga-tiga takleh tolong, wahahahah!..


Kalau nampak hentian rehat ni dah nak sampai lah, not...

To Rumah Panjang Patrick Libau around 10 minutes, to the cave lebih kurang sama 
Gua Dagang



Gua Niah


Maaf, kualiti gambar tidak memuaskan, gelap gulita di dalam sana...



Kalau tak nak rasa pegang tahi burung layang-layang atau tahi kelawar kat sini, silalah pakai glove pakai buang sebab handrail sepanjang jalan ni memang penuh dengan tahik menate nih...





Ok, we never made it to Painted Cave, takde guide tak berani le. Walaupun selamat tapi bahaya ada di mana-mana kan, so kitorang buat keputusan untuk patah balik ke mulut gua. Dah sampai ke sini pun dah syukur Alhamdulillah...

So lets go home

and walk a long walk again...


رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails