Pages

Saturday, February 28, 2015

Lombok - 1

Tiba-tiba kali ni dapat cuti awal sebelum raya cina, kitorang pun carik tempat nak me-landing, puas godeh-godeh, lastly pilih Lombok-Pulau 1000 Masjid sebab tak pernah sampai & tengok dalam gambar macam cantik je tempatnya. Thanks AirAsia sebab buka laluan ke Lombok sejak tahun 2012, senang pelancong nak ke sana & senang juga orang Lombok nak datang ke Malaysia. Betul ramai orang sana datang ke Malaysia bekerja di sini, masa naik flight pergi, hampir keseluruhan penumpang adalah orang sana, dan hampir kesemua orang Lombok yang NJ jumpa di sana rata-ratanya pernah ke Malaysia untuk bekerja. Seronok dengar cerita mereka yang berbeza-beza, yang pastinya apabila pulang ke Lombok, mereka ni boleh dianggap orang senang dan dah boleh jadi tuan tanah di tanah air sendiri. Alhamdulillah, rezeki mereka.


This time, we were playing 'Budget vs Luxury travel'. Taknak la selalu memanjakan diri nanti tak boleh pula dicampak ke tempat yang susah & dikatakan berlagak pula. Oleh kerana NJ tak kenal sorang pun orang sana, NJ pilih tuan rumah homestay di Kuta yang rata-rata orang bagi komen yang menyenangkan di internet. Sesampainya di airport Lombok, kami disambut oleh supir yang telah diatur oleh tuan rumah untuk menjemput kami. Berlaku sedikit kekalutan di situ sebabnya kami dikepung oleh ramai orang yang menawarkan kenderaan untuk membawa kami ke Kuta. Berpeluh jugak mengusung beg ke sana-sini sebelum berjumpa dengan supir yang betul, my bad sebab bagi nama samaran ke dia & dia pun ingatkan NJ minah saleh disebabkan nama samaran tersebut, hihih... bopoluh den!...Ok, lets go!

Lalu Mt.Agung, Bali
Ramai kan yang menyambut kami? :p

Homestay di Kuta, simple je tempatnya

Oleh kerana saiz yang comel, NJ ambil 2 unit, Arip syuh syuh ke sebelah. :p


The garden
Budak-budak memanjat pokok Bone (read: boh-ner)
Sejenis beri? Edible too.

Kami naik motor je, kata backpacker. Baru sekerat hari dah hitam berbelang. Tengok je langitnya tu, panas tak? Masa sampai kat airport sempat tukar simcard sebab tanak bergantung kepada WiFi saja, so kitorang menggunakan pakej internet, calls & text messages semaksimum mungkin di sana. Kitorang jenjalan pun pakai waze, hahah, sonang gitu.




1st stop-Pantai Mawun



From my beloved Canon
Arif's camera :'(

Pukul padi
Memproses kacang ijo/hijau. Siapa tak pernah nampak asal kacang hijau angkat tangan! ;p 






2nd stop-Pantai Mawi. Berbaloi bersusah-payah berpanas sampai legam dapat tengok view cenggini, Alhamdulillah...




Mandi kerbau?




Ok, sebab ramai blogger citer pasal kehebatan Ashtari ni, NJ pun teringin lah nak cuba. The view memang ohsem sesangat tapi sebab sepanjang perjalanan dah tengok banyak pemandangan yang cantik-cantik, sampai sini dah rasa biasa, dan panas mungkin? Surprise, surprise! Masa buka menu, dah ternampak arak, so panggil stafnya tanya makanan kat Ashtari ni halal tak? Dorang cakap halal. Oklah, takkan nak angkat punggung plak kan? So we ordered fries, rasa macam kayu, mee goreng seafood tak cukup masak, kopi Lombok berhampas sampai langsung tak boleh diminum & 2 fresh oren yang fresh-fresh kuar dari kotak. All that for Rp250,000/RM75. Well, NJ tak kisah kalau bayar mahal untuk rasa makanan yang setimpal dengan harganya, tapi kalau sampai macam ni, never again....dan rupa-rupanya hampir kesemua gerai/restoran makanan di Kuta mengamalkan penjualan arak secara terbuka hanya untuk menarik minat orang Bule di sana, so we all pun carik resto masakan padang je untuk makan-makan sepanjang di sana.

Dimaafkan kerana view ini...
Jom balik, hari dah nak gelap


Lombok-2
Lombok-3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails