Pages

Saturday, February 28, 2015

Lombok - 2

Lombok kan sinonim dengan citer kahwin lari tu? Lepas dah dengar penjelasan dorang (suku kaum Sasak, pribumi Lombok), baru kami faham. Rupanya memang adat tradisi dorang amalkan 'kahwin culik', tapi hanya sesama penduduk di situ. 'Kahwin lari' pula adalah kahwin suka sama suka sebab tak payah bayar dowry. Ntah, agak complicated plak mendengarnya, kahwin sesama sendiri lebih murah, kahwin dengan anak dara luar kawasan kena bayar hantaran yg mahal, & kahwin dgn gadis Mesia, free! Omaiii....I dono watoosei....Maaflah sekiranya NJ salah tafsiran & bagi fakta yg salah, at least itu yg NJ dengar drp guide yg bawa kitorang keliling Desa Sade aritu.



Kain pelikat yang disarung hanya untuk menambah rasa authentic, I guess, sebab pas habis tour kitorang, kain ni dibuka dan diberi pada guide lain untuk dipakai, hahah...



Lembung padi antara ikon pelancongan Lombok


Masuk ke dalam rumah yang lantainya dikatakan ditempel dengan najis lembu/kerbau.

Rumah ni bukan muzium, ianya masih dihuni dan kelengkapannya dipakai as is

Arif buat apa kat sebelah bilik anak dara tu? 
The only room available inside each house, katanya, khas untuk mengelakkan anak dara dilarikan orang.


Rumah untuk warga emas dibina kecil dan rendah, muat-muat untuk seorang, katanya nak memudahkan urusan harian dorang

Di dalam kawasan kampung ni, banyak je gerai kraftangan terutamanya yang menjual hasil tenunan, kepakaran kerja tangan kaum wanita di sana. nak tak nak beli jugak dengan harga yang mahal sedikit daripada yang boleh dibeli di luar. Belian ihsan...

Desa Sade kutinggalkan...

Terjumpa masa meneruskan perjalanan, I sker!!...





Cidomo
Merata-rata cidomo ni kat Lombok terutamanya di kawasan kampung. Tanya Arif nak naik tak, dia kata kesian kat kuda, macam menyeksakan je bila tali yang diikat di mulut tu ditarik. Hokay, off we go...


Jalan masuk ke Airport Lombok, Praya

Ternampak ni, patah balik, belum bekfes you, lapar!!


Di sebelah stesen minyak Pertamina

Alhamdulillah, rezeki kami hari ni...
Di Penujak, kaum wanita sedang mengisi gula perang untuk dijual

Setelah berpusing mencari, akhirnya jumpa juga salah seorang pembuat Gerabah (Tembikar) yang masih aktif membuat tembikar di Penujak. Namanya Haji Mustakim.

Demo penggunaan Kendi Maling



Tanur pembakaran


Ramah-tamah dan manisnya mulut orang sana. Patutla ramai anak gadis Mesia yg tergoda dan rela dilarikan, hikhiks...Bukan aje yang lelaki, yang perempuan pun sama, puas Arif kembang idung dipuji di sana. Sumer ingat kitorang dari Jakarta dek kerana keteloran NJ berbahasa Indonesia, hahah..

Lombok-1

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails