Pages

Friday, February 06, 2015

Miri, Sarawak

Nak pergi melawat ke tempat orang jangan tanya 'ada apa di sana?". Jadinya kitorang dengan semangat jitu telah menempah tiket AirAsia ke Miri pada minggu lepas dan berbekalkan waze, kami berjalan-jalanlah ke sana sini dengan menaiki Saga yang disewa dari airport Miri pada harga RM570 untuk 4 hari. Yang pastinya agenda utama adalah ke Gua Niah (sebab Mulu memerlukan lebih banyak hari untuk eksplorasi yang lebih memuaskan hati) dan ke Brunei sebab dah dekat. Terima kasih pada bloggers yang dah ke sini dan memberikan tips-tips perjalanan yang banyak menolong kami di sana. Sepanjang di sana kami menginap di Hotel Nur Miri.


Abaikan kebersepahan itu...
Tamu Saberkas


Pergi juga ke Tamu Muhibbah tapi masa tu hujan lebat & takde mood nak amik gambar, tapi sempat gak ada mood menyambar sebiji bakul comel di sana.



Di pantai berdekatan Miri Marina Bay


Buntal gak yang mengena...
Pantai di Kampung Siwak, Jalan Kampung Bakam
Air laut dari bulan Disember-Mac agak bergelora dan tak sesuai untuk mandi-manda, tengok je kekeruhan air laut tu. Ada juga tanya pakej diving (untuk Arif, not me) di Sibuti Reef Miri tapi tak buka sehingga akhir Mac sebab cuaca tak mengizinkan, nanti menyelam bukan nampak ikan tapi nampak benda lain, haru you!




and the highlight of our trip, Gua Niah. It deserves another entry.

Makan-makan

NJ dah cuba:

Nasi Lalapan di Restoran Muara (ada 3 cawangan, NJ pergi yang di Miri Waterfront saja)
Restoran Sajian Warisan (ada cawangan baru di Permaisuri Imperial City Mall)
Raja Mee Kolok (depan Hotel Nur Miri)
Sharifah Nur Catering (di Stall 6, Jalan Setia Raja, Taman Selera Miri)

Nasi Lalapan Restoran Muara

Kupang cheese at Restoran Sajian Warisan, looks delicious, not..

My verdict: Pergilah dengan perut yang kosong dan semangat yang berkobar-kobar untuk mencuba makanan baru, pasti korang semua akan cakap makanan inilah yang "The BEST in the World!!". Tapi Sharifah Nur Catering tu kitorang jumpa masa last day ronda-ronda kat sana & boleh tahan sedap masakan nasi campurnya terutama yang diimpikan iaitu UMAI, ohmai....terliur jap...sila terliur sama.



Umai ikan tenggiri

Sayur keladi

Lelapan/Lalapan pun ado

Masyamnya muka kiter....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails