Pages

Friday, February 27, 2015

Satu hari di Ganu

Betul satu hari aje, sempena meraikan perkahwinan anak sedare NJ yg dilangsungkan di sana di kedua-dua belah pihak. Pergi pulak lepas raya cina, jalan raya pun lengang macam best jer... Family NJ dah sampai sehari lebih awal & NJ pun dh terlepas majlis pernikahan, takpelah NJ takde pun selamat juga mereka menjadi pasangan suami-isteri yg sah. Makanya NJ bertiga dengan muka & kulit yg sedikit lengut sebab baru balik dari laut, berkumpul berkampung di Mengabang Telipot lepak-lepak sambil melayan angin laut sepoi-sepoi bahasa, not..kencang juga anginnya. Ombak pun besar sesangat & tak boleh mandi-manda. Seronok bila sekali-sekala bersama-sama keluarga cenggini.

Pas berjaya menghadiri majlis-majlis yg seterusnya, kami bertiga bertolak ke Kelate untuk menguruskan sesuatu, dekat je, 2 jam perjalanan. Hari Ahad seharian di rumah dan bercadang untuk balik keesokan harinya sebab nak mengelak jem. Tak jem lah kononnya, sampai je highway utara selatan (NJ lalu Gerik), bersusun-susun kereta yg menuju ke KL. Amik 10 jam dr Kelate nk sampai ke rumah, ish ish ish... Adik ipar yg balik hari Ahad lagi haru, pukul 4pm bertolak, pukul 7am baru sampai (tido dulu sebab ngantuk), phewwww!!!



Dinamia



Oh why that sampahssss...... :'(


Layan majlis

Layan bola

Layan drone (orang punya)


Lepak-lepaking
ZaraMia
Pertandingan memancing



Macam mana ikan-ikan besar cenggini ada tepi pantai jek? Boleh mandi ke di situ? Uiisshhh...


Togetherness is Happiness

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails