Pages

Sunday, March 01, 2015

Lombok - 4

Pepagi pas bekfes, supir dah menanti untuk membawa kami ke Senggigi. Tapi, sebelum ke tempat penginapan, kitorang nak ke air terjun. Arif cakap, kalau nak pergi air terjun, dia nak tengok satu je-Benang Kelambu. Air terjun ni terletak di Batukliang, Lombok Tengah, kira-kira 30km dari Mataram. Rupanya ada bayaran yg dikenakan untuk mereka yg nak masuk dengan guide. Kalau nak jalan sendiri pun boleh tapi kalau sesat tanggung sendiri. Bayaran yang tertera di bawah adalah bayaran masuk sahaja. Kitorang short cut terus naik ojek (Rp40,000/pax), tak sampai 10 minit dah sampai. So, we paid almost RM30++ sorang untuk sampai ke Benang Kelambu. Pemandangannya? WOW!!! Berbaloi sekali.

Sori gambar tak jelas






Oh, dah nampak!
Seterusnya adalah dari lensa @aripfitri Instagram #followanakku #tetiba

Unik kan?








Ada pool boleh mandi
Takpe lah, len kali ye...
Okeh, perjalanan diteruskan ke Senggigi, request pula nak makan ayam bakar Taliwang yang femes tu. Tapi tanak pergi tempat yang paling femes tu, mesti ramai orang, so dibawanya kami ke Lesehan Taliwang Nada, Jl.Jend Ahmad Yani (Jalan Raya Sayang-sayang) Cakranegara, Lombok. Dekat je dengan Mataram.


Rupanya kalau nak makan Ayam Bakar Taliwang, kat sini satu jalan je dah banyak restorannya, pilih je nak yang mana. NJ tak kisah kot mana-mana, janji dapat makan. Sori takde gambar makanan, dah bedal dulu, sedap Alhamdulillah :)

Nah, jalan ke tempat penginapan yg seterusnya :'(
Seriau jugak nak menyampaikan ke sana, neves pun ada sambil tertanya-tanya betulke ada tempat penginapan ni di jalan berbukit yg teruk begini? Tapi semuanya dilupakan bila sampai di sana.

Ignore the obstructed view, focus on the ocean


Subhanallah, terasa begitu kerdil...dots putih itu adalah bot-bot & kapal

The whole villa just for the three of us, should bring more!!
Room 1
Room 2, same size with attached bathroom in each room

Arif seperti biasa, kalau dapat private pool, clowning around with mamanya


Syian budak takde kawan... :'(
Petang-petang layan sunset..


unedited
Malam-malam layan bintang...


رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka



Lombok-1
Lombok-2
Lombok-3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails