Pages

Sunday, March 01, 2015

Lombok - 5

Esok dah nak balik, jom ke pulau! Oleh kerana jalan keluar masuk ke villa tu teruk, we all decide untuk ambil pakej yg disediakan saja beserta transport, senang nanti dah ada orang hantar pergi balik. Kitorang amik pakej snorkeling ke 3 pulau iaitu Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air naik private bot. Ada kelebihannya amik private bot sebab dapat lelama snorkeling sesuka hati tak macam shared bot yg tak sampai setengah jam dah 'preeeettt!!!' dipanggil balik. Wuuuu....ramainya orang di pulau-pulau ni especially G.Trawangan. Patutla masa kat Senggigi nampak macam sepi je townnya, rupanya dorang banyak stay kat pulau. Ok, dah jumpa port baru after Semporna, sangat cantik, close enough, close enough... ;)

Mentigi beach, tu dia Gili Trawangan & Gili Meno at a distance





Rupanya tak sampai 10 minit je dah sampai ke pulau-pulau ni.
Ok, jom!

1st stop - Gili Trawangan







2nd stop - Gili Meno

Amboi, dah terjun dulu!






Gili Air
Well, sejam je kat Gili Meno sebab boatman cakap kat Gili Air karangnya lebih cantik & banyak ikan. Kitorang ikut je. Arip terjun dulu, tak lama pastu NJ menyusul. Sekali, dalam masa tak sampai 2 minit, tetiba NJ dah menjauh like 300m disebabkan arus yang kuat. Arip dah sibuk tarik Mamanya pergi ke bot tapi rasa macam susah giler sebab pakai life vest. At one point Arip cakap "Mama, cuba angkat muka tengok atas, Mama tak bergerak langsung pun", hihih... Last-last NJ bukak fin & lambai boatman suruh amik NJ yg dah kepenatan. Nak suruh patah balik ke G.Meno tak boleh, so dia bawak ke last spot yang sangat cantik, betul-betul di tengah-tengah laut antara G.Meno & G.Air & the sea yg akan membawa kami pulang ke Mentigi. Sangat intimidating sebabnya di sebelah sini arusnya tenang, di sebelah sana lebih kurang 200m ombaknya kuat sampai boleh dengar deburan ombaknya. But I trust my son sebab dia terjun dulu & cakap tak apa sebab arus tak kuat. Lagipun nampak ada 2,3 bot yg stop kat situ, so kitorang pun konpiden sket nak terjun. Terjun, terjun!!

Ikan-ikan di Gili Air



Jom to the last stop

That's the spot


My snorkel buddy



The garden





Jom balik!

continue clowning around...

and layan pemandangan yang sangat awesome ini

Selamat tinggal bumi Lombok yang indah, Tampi Asih for the beautiful memory...

Lombok-1
Lombok-2
Lombok-3
Lombok-4

3 comments:

m.u.l.a.n said...

Lombok mmg awesome.... Subhanallah mmg cantik kan.. Tak sempat cover Lombok Tengah tp mmg ada simpan hajat nak pi lagi.. Ayam Taliwang..!!! Kasi gue gomoks di sana..

NJ said...

Yes Mulan, we came back fat and happy ;p

noris zetty said...

Lombok nmpk bestt sgt. Blh tau u ambil pakej dgn siape?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails