Pages

Tuesday, June 09, 2015

Gempa Bumi di Sabah

NJ pernah berseloroh dengan Arif tentang kemungkinan Gunung Kinabalu terbelah dua atau diratakan akibat gempa selepas gegaran di Kudat, Sabah pada Julai 2013, right after we descended from Mt.Kinabalu sambil-sambil membayangkan macam mana agaknya kalau betul ia berlaku. Rupanya dah banyak kali ia berlaku, walaupun kecil tapi agak banyak. Cuba lihat petikan dari Bernama ini:

16 kejadian gegaran gempa direkodkan dalam tempoh 39 tahun di Sabah:

Empat daripada kejadian gempa itu berlaku di Ranau iaitu pada 1989 dengan gegaran berukuran 5.6; 1991 (berukuran 5.1); Mac 2005 (berukuran 4.1) dan pada Februari 2010 bermagnitud 2.6 pada skala Richter.

Bakinya, dua kejadian gempa bumi berlaku di Lahad Datu pada 1976 berukuran 5.8 dan Mei 2011 (berukuran 3.3 skala Richter); Tawau (pada November 2005 berukuran 5.8); Sandakan (Jun 2011 berukuran 4.0); Kunak (Mei 2012 berukuran 3.7); Kudat pada Julai 2013 berukuran 3.6 dan Oktober 2014 berukuran 4.4 skala Richter.

Kali terakhir gempa bumi berlaku adalah di Sandakan pada Februari tahun ini (2015) berukuran 5.6 skala Richter.

Tapi masih ada lagi orang yang berkata "Malaysia bumi bertuah kerana setakat ini belum lagi ditimpa bencana alam yang besar seperti gempa bumi atau ribut taufan". Wowwww!!! Nak tunggu sampai berlaku kemusnahan dahsyat baru nak bersedia ke? Sistem amaran awal gempa baru nak diperkenalkan walaupun dah berlaku 16 kejadian gempa bumi? Modul S&R akibat gempa pun baru nak diperkenalkan kpd pasukan penyelamat hanya selepas berlakunya gempa terbaru ni? 

Sesungguhnya NJ speechless, sedih & malu. Bak kata Arif, siapalah kita nak educate orang tentang perkara ni, bukannya orang nk dengar pun, kita ni orang biasa-biasa saja, serahkan aje pada pakar & gomen utk selesaikan perkara ni. Tungguuuuuuuuuuuuuulah walau makan tahun. So, educatelah family sendiri & orang yang rapat untuk menyelamatkan diri sendiri jika berlakunya perkara-perkara yg tak diingini pada masa akan datang.

Sama juga dengan kematian kan? Sampai bila kita nak tunggu sampai kita betul-betul bersedia? Ada je nanti alasan kalau tak nak mati, anak tak besar lagi, anak belum habis belajar, anak belum kahwin & beribu-ribu alasan sedangkan ajal tu kita tak tau entah bila ia sampai, entah esok entah lusa. Pastu kita langsung tak buat persiapan untuk menuju ke alam lagi satu. Ya Allah, NJ taknak itu berlaku. Jom le ramai-ramai kita sediakan benteng pertahanan yg sangat kuat untuk itu, untuk alam akhirat yang kekal abadi. NJ sedang bermuhasabah diri....ingatkan NJ kiranya NJ terlupa atau lupa diri...

Donkey's Ear dalam kenangan NJ pada 1 Julai 2013
Ya, dulu NJ pernah menyatakan keinginan untuk mendaki sekali lagi di sini, tetapi setelah berlakunya kejadian ini, NJ surrender, NJ tak nak bersikap tamak, NJ teringat NJ pernah minta sungguh-sungguh dengan Allah swt akan hasrat untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu dan atas kasih sayangNya doa NJ diperkenankan. Tapi NJ tamak dan minta lagi, begitulah fitrah manusia, tak pernah cukup dengan apa yang ada. NJ tak nak bersikap tamak lagi, minta dijauhkan....

Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam yang terkorban di dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015, dan takziah untuk keluarga pendaki yang selebihnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails