Pages

Thursday, August 06, 2015

Aidilfitri 1436H - 17 July 2015

Alhamdulillah Aidilfitri datang lagi. Kami sekeluarga seperti biasa lah ikut giliran, tahun ni beraya dulu di BP, pastu raya ke-2 terbang ke Kelantan. Kena jem? Tak, sebab kitorang bertolak balik pukul 3 pagi, sempat sahur di R&R jejantas Melaka, epik betul sebab bersahur di tepi longkang, wahahah! Ingatkan kami je yg bertolak pada odd hours, rupanya ramaaaaiiiiii lagi weh... Agenda biasa lah kalau dah ramai-ramai ni, kena lah bergotong-royong memasak sebab ahli keluarga ramai, rasa tak cukup kalau menempah. Rajin pulak dak mok tu tolong Mama memasak kali ni.


Ayam masak merah AcikuHara

Rendang Tok Mi
Dulu-dulu masa Mak sihat, dialah yg akan memasak rendang ni, tapi dah 2 tahun dia serahkan baton kepada anak saudaraku Emi utk masak rendang. Sedap, menjadi gak rendang dia. Ada sesiapa nak jadikan menantu? Ahakss... ;p









Macam tak cukup korum....










Mercun naga?

Entah mengapa, tahun ni NJ rasa macam tak beraya sangat. Kalau tak, NJ la yg dulu bersemangat nak beraya ke rumah saudara-mara tapi tahun ni NJ rasa macam nak duduk kat rumah je dengan Mak. Mana tau tetiba Mak ajak berjalan pula, so kitorang pun pi la makan angin jap kat pantai Minyak Beku. 

somewhere around Terminal Feri Minyak Beku

Pantai Minyak Beku, dulunya cantik, tempat kami bermandi-manda, kini airnya keruh kelabu...

Al-Fatihah untuk Min, we miss you so much dear...

Aidilfitri 2013 dalam kenangan...


"Togetherness is Happiness"

1 comment:

Wanie Syazie said...

Al fatihah utk arwah Min... :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails