Pages

Friday, August 21, 2015

Konsep Redha


Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

* Petikan dari sini

Apa itu Redha? Berapa ramai yang mulut berkata Redha tapi hati sebenarnya tidak? Ya Allah, selama ni kita selalu mengucapkan perkataan ‘Redha’ tapi hakikatnya kebanyakan kita tidak dapat menerima ketentuan yang telah ditetapkan Allah sejak lama dulu.

Hari terakhir Syawal, NJ buat jamuan kecik makan-makan untuk keluarga dan beberapa rakan sekerja. Rasanya macam dah lama tak buat open house raya, dah bertahun-tahun lamanya. NJ sangat-sangat berterima kasih kepada ibu saudara, Maknjang yang sanggup menolong menyediakan juadah ala raya yang sedap mabeles. Kalau Maknjang takde, tak bergerak le NJ jawabnya. Tak terkecuali keluarga NJ sendiri yang sama-sama menolong sejak hari sebelumnya. Oleh kerana tak tau berapa ramai jemputan yang akan datang, NJ berdoa semoga juadah yang disediakan cukup untuk semua tetamu yang hadir pada hari itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Cuba cari benda tersembunyi :)

Langsir kesayangan tak pernah berganti, 12 tahun dah hayatnya, Alhamdulillah...




Masa tengah bersiap untuk solat Zuhur, NJ baru perasan cincin NJ hilang. Ya Allah, berderau darah NJ masa tu tak tau la nak cakap apa. NJ cuba control cool, takut my hub tau bini dia yang super careless ni dah hilangkan cincin emas pemberiannya pulak. Melilau mata mencari kilauan emas kot-kot terselit di mana-mana tapi hampa. NJ cuba untuk khusyuk dalam solat tapi terbabas juga. Dalam doa beria mengucapkan “Ya Allah, temukanlah sekiranya cincin itu benar milikku, tapi jika ia bukan rezekiku, maka aku REDHA”… Hakikatnya, memang payah untuk melepaskan kebendaan ni, hanya orang yang dah pernah mengalaminya saja tau. Terfikir juga selama ni pandai pula mengajar orang lain supaya redha dengan ketentuan Allah, tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru tau perasaannya bagaimana. Kalau mulut je cakap Redha, tapi setiap masa kita asyik memikirkannya, maka itu bukan redha, itu penipuan namanya.

Okeh, masuk waktu Asar, masih tak jumpa lagi cincin tu. Plastik sampah pun dijengah-jengah, hampa… Solat dulu, masa berdoa NJ menangis mengenangkan kemungkinan NJ ada terbuat salah dan berdosa maka Allah datangkan ujian kecil ni. Sekali lagi NJ ucapkan Ya Allah, temukanlah sekiranya cincin itu benar milikku, tapi jika ia bukan rezekiku, maka aku REDHA”… Sampai petang NJ merahsiakan kehilangan cincin tu daripada pengetahuan hubby, sambil-sambil merangka ayat ataupun berharap semoga kehilangan cincin itu tidak disedari. NJ pun bukannya jenis pemakai barang kemas, hah! Barulah tersedar, inilah dosa NJ, memakai barang kemas hanya untuk menunjuk-nunjuk (Tabarruj), Astaghfirullahal’azim….

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(An-Nur: 31)

Tetamu masih ada sebab NJ kata sampai malam tetamu boleh datang ke rumah. Layanlah tetamu sambil hati bergundah-gulana. Tengok-tengok nasi dah surut, NJ pun cepat-cepat bukak periuk nasi dan menceduk baki nasi yang tinggal. Subhanallah! Terserlah kilauan emas yang dicari di sebalik nasi, Alhamdulillah Ya Allah, terus NJ sujud syukur.

Ya Allah, NJ akur akan ujian yang diturunkan ini kerana ianya menyedarkan NJ bahawa kita ni hanya manusia biasa. Manusia biasa yang sukakan kebendaan. Bayangkan hilang barang kesayangan pun dah macam cacing kepanasan. NJ tak dapat bayangkan kalau kita kehilangan orang tersayang, Ya Allah, macam mana kita nak menghadapinya? Hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar bila sampai masanya, kita dah bersiap-sedia menghadapinya, dan terus-menerus berdoa semoga kita dan keluarga tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh, serta dapat dipertemukan semula di Jannah, insyaAllah…

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
 
Cahaya kegembiraan

2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Natrah Norlin said...

Alhamdulillah
CIncin ditemukan kembali...

Salam perkenalan :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails