Pages

Monday, September 07, 2015

Jakarta again...

Arif cuti sem, so bolehlah bawak dia gi jenjalan. Dia senang je cakap, 'Mama Ayah nak jalan, pergilah berdua, tak payah tunggu Arip'. Mama Ayah ni dah biasa bawak dia jenjalan dari kecik sampai besor, nak jalan berdua rasa macam kekurangan sesuatu. So, ke Jakarta lah kami bertiga minggu lepas. Kali ni duduk di apartment Mediterania 2 bersebelahan Central Park, booked from Airbnb. Arif suka sangat dengan konsep apartment dalam/dekat mall ni, senang katanya, semua kemudahan ada, nak shopping pun senang. NJ dah biasa duduk rumah atas tanah, tak betah kot duduk atas langit? Bercakap tentang 'betah' ni, NJ nak kongsi cerita yang diceritakan oleh seorang drebar teksi sana tentang cerita Indonesia. Katanya, walaupun Indonesia ini banyak kekurangan, mengapa ramai pelancong asing dari seluruh dunia berulang-kali datang seolah-olah betah di sini dan perasaannya macam berada di tempat sendiri. 'Mengapa yah kamu kangen skali sama Indonesia dan kepingin datang lagi dan lagi?' Maka, berceritalah abang drebar ni tentang asal-usul Bahtera Nabi Nuh dan bagaimana asal-usul keturunan manusia sejagat ini datangnya dari bahtera tersebut yang diciptakan berpasang-pasangan lalu bertumbuh-biak di muka bumi yang maha luas ini. Jadinya seluruh umat manusia di dunia ini semacam ada 'connection' dengan Indonesia, bila mereka datang sekali mereka jatuh hati, lalu jatuh rindu, lalu ingin datang lagi dan lagi ke Indonesia. Wallahua'lam.... Banyak lagi cerita menarik yang dikongsinya, almaklumlah Jakarta kan sering macet, maka ceritanya pun agak panjaaaaaaangggg.....LOL!

A must!
Terjumpa benda-benda baru dan menarik di sepanjang trip ni. Seperti juga pelancong yang datang ke Malaysia, mereka juga akan cakap yang sama, apa ke peliknya Malaysian ni makan budu, cencalok etc. NJ amik gambar je tau, tak makan pun...




Ayam Ketawa ada di sini




so cute, the fish bowls

humongous!




my besdey treat, Alhamdulillah...




Jom balik!



I brought back bugs in my stomach, so I was down with nasty stomach flu for many days, same case in every visit, I don't know where I caught it, from water, food or air. I still 'kangen' sama Indonesia, hahah.. but I miss my pillow, my bed, my blanket and my house much much more, home sweet home...


1 comment:

Anonymous said...

Salam Nj
Kenapa org luar asing suka datang ke sana ..sbb power of money..the power of money buys..
The poorer people look and treat the money and the one with money like god.
Fikirkanlah..
Cakap lagi apa.saja ..The thing speaks for itself...

Wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails