Pages

Thursday, September 08, 2016

Bangkok 2016

Ok, program jalan-jalan bawak students lama dah terhenti, last bawak dorang pegi Penang tahun 2014. Setiap kali bawak jalan, mesti ada masalah, so setiap kali trip over, NJ cakap serik dah tanak bawak dorang jenjalan lagi kikiki... Tapi atas permintaan HOD, maka tahun ni NJ organize gak satu trip utk dorang, ke Bangkok sebab kami pun suka ke sana dan dah tau nak bawa ke mana, murah pun ye jugak. The 5 days 4 nights trip was on 29 July - 2 August. Masa nak beli tiket, tengok tarikh Arif available sbb exam week so belilah jugak untuk dia sekali. Sekali daaaa....2 hari sebelum berangkat, dia kata time table baru keluar & dia ada exam on 1 August so tak boleh ikut. Huwaaaaaa......Mama dia nk nangis dah, pujuk dia ikut gak sebab tiket dah beli. Last-last nak gak ikut tapi terpaksa beli tiket balik untuk dia sorang on 30 July. 29 pergi 30 balik? Yaaaa, 1 malam je kat BKK, hahahah.. Jadilah kot, dapat gak bersama-sama walau sehari. So here it is...


Stayed at Mid Bangkok kali ni sebab bawa students, tempat lain rasa macam tak cukup selamat sebab banyak kes orang-orang 'tak berkenaan' keluar masuk hotel. Hostel ni pun sangat ok, bersih, ada banyak option makan (tak halal) berdekatan, dekat dengan BTS station Victory Monument, dan dekat dengan local shopping area. Kali ni terjumpa pulak dengan stall tepi jalan Muslim jual kuih goreng, bolehlah beli untuk alas perut kalau lapar.


Mr.Phitt the owner terperanjat tengok Arip dah muda belia
Last dia tengok Arip macam ni :)

Koh Kred Island
Kali ni musim keladi bunting, tapi sayang tak berbunga lagi. Oleh kerana airnya deras, the plants turut hanyut bersama, so the view sangat la cantik.

video


Ikan patinnya pon bersepah besar-besar paha tak ada orang pun nak menggulai tempoyak kikiki...

Aktiviti biasa, naik basikal keliling kampung

Koh Kred terkenal dengan industri pembuatan seramiknya

manyaknyaaa.....


amboi Arip!

Nak kena nih!

Babai Mama, Arip nak balik Malaysia
Sempat bawak dia pergi makan di Chatuchak dulu

Babai Mamayah!
Hari-hari seterusnya berlalu tanpa Arif, first time berjalan tanpanya, rasa sunyi je...Cannot imagine kalau Arif pergi sambung belajar jauh-jauh dari Mama, lagi la sunyiiii.... So sehari sebelum balik, we all pergi melawat Bangkok University Rangsit Campus yang sangat awesome, teruja students terus nak apply internship la, sambung belajar la....



Oleh kerana kampus terlalu besar, transport disediakan untuk kami ke sana-sini

SAC- Student's Activity Center
Bangunan asal berusia 20++ tahun yang diubahsuai menjadi pusat aktiviti untuk para pelajar. Ada classroom yang boleh ditempah untuk apa-apa aktiviti setiap masa, photo studio, bilik muzik, Thai dance club, dan Pom Pom cheer leader training hall. 

'Jangan Pandang Bawah'

Pom pom cheer leading training hall

South East Asian Ceramics Museum my favorite, harus datang kembali


BU Lounge in Imagine Village



Dalam perut panda


at the iconic Diamond Building




dan lain-lain di Bangkok...



ลาก่อน ครับ Mr.Phitt!
Kali ni sebab group kecik, so tak banyak kerenah, senang sket la handle. Ada gak naik darah sesekali tapi pengalaman lalu mematangkan NJ, bersabor aje lah... Anyway, permohonan mereka untuk practical di sana sudah diluluskan, mungkin awal tahun depan dah boleh mula, dapatlah cikgu dia menjenguk sekali kikiki....


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails