Pages

Tuesday, January 31, 2017

Demi Masa...

Mati itu pasti... Sebelum ini NJ bercerita tentang sakit sebab terganggu tengok kakak sepupu sakit bertarung nyawa di atas katil hospital. Beberapa hari selepas tu, Almarhumah meninggal dunia. Masih teringat memperhatikan & mengaguminya di kala dia sihat cantik bergaya, alangkah cepat masa berlalu, tidak terdengar cerita dia sakit kerana setiap kali jumpa nampak dia sihat walafiat. Cuma sebulan sebelum dia sakit teruk, NJ perasan mukanya berubah & tahu something is wrong with her, cuma tak tergamak nak tanya dia sakit apa sebab dia merahsiakan penyakitnya sehinggalah dia terlantar di hospital. Watching her struggling to breathe with all her might sangat menginsafkan. Allah knows best, dia pergi jua akhirnya... Tanah perkuburan tempat persemadiannya sama di tempat persemadian arwah Shamin, kawasan kubur yg dulunya lapang (May 2015) kini dipenuhi kuburan seluas mata memandang...
 



Semalam, sedang tekun NJ mengadap PC, telefon berdering membawa perkhabaran, abg.sepupu pula meninggal dunia. Almarhum merupakan seorang yg ceria & selalu sharing info berguna berkaitan kesihatan di dalam whatsapp keluarga. Kali terakhir berjumpa di kenduri perkahwinan anak almarhumah kakak sepupu yg meninggal tu Disember lalu. Bezanya, abg.sepupu kelihatan sihat & ceria malah bergurau seperti biasanya dia. Cuti CNY, arwah bangun solat Subuh dan berbaring sebentar di atas sofa. Tak lama kemudian Makcik NJ mengejutkannya tetapi dia dah tiada. Dia meninggal dalam tidur... Walaupun arwah pernah kena stroke, ada darah tinggi & kencing manis, kematiannya sangat mengejutkan kerana keluarganya kata dia cuma mengadu sakit dada saja sebelum tu, tidak sakit teruk atau terlantar. Makcik NJ kata, dah seminggu setiap kali habis solat & berdoa, bercucuran air matanya jatuh tanpa dipaksa, seperti terlalu sedih tak tau apa puncanya. Rupanya itu merupakan petanda dia akan menangisi pemergian anaknya. Pedih hati seorang ibu meratapi pemergian dua orang anak (anak sulungnya meninggal tahun lepas) dalam masa kurang setahun hanya Allah yg tahu...





Tamat sudah perjalanan singkat mereka di dunia ini. Kini mereka memulakan perjalanan panjang menuju akhirat. Semoga diampunkan dosa-dosa mereka, semoga mereka ditempatkan di kalangan Hamba-hambaNya yg beriman & beramal soleh di alam akhirat yg kekal abadi, amin Ya Rabbal Alamin...

Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara:

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails