Pages

Sunday, January 08, 2017

Trip Bali-Flores, Labuhan Bajo

Kenapa ke Flores? Sebab nak tengok tempat baru, nak tengok Komodo dragon, nak tengok keindahan bumi ciptaan Allah swt., nak ke tempat lain mahal sangat rupanya ke sini aje dah sama mahal dengan ke tempat lain tu. Di Flores, pakej-pakej pelancongan yg ditawarkan di sana agak mahal. Yang murah adalah jika anda 'cost sharing' dlm apa-apa aktiviti di sana. Kami tak share, so perbelanjaannya waduh lumayan banget... Untuk ke sana dari Malaysia, ada beberapa route yang boleh dipilih. Kami pilih KL-Bali-Flores. Perjalanan ke sana pun banyak kaedahnya, boleh naik kapal laut jika mau, tapi kami pilih terbang, tak ada kekuatan untuk tidur berhari-hari dalam kapal weiii.... Kami ke Bali dulu naik AirAsia, sebab flight malam, kami cari hotel berdekatan airport dan tidur di sana sebab esoknya nak terbang ke Flores pula. Penerbangan dari Bali ke Flores hanya memakan masa sejam naik flight kecik yang tak kecik. Masa booking dok membayangkan akan naik turboprop plane (tak sempat nk cek naik flight apa), rupanya naik Boeing 737-500, 3+3 seat, pendek & comel je. NJ booking through Tiket.com, sangat recommended, reliable and trusted booking platform. So, altogether kami naik 4 flight yang berbeza jenis sepanjang perjalanan ini. KL-Bali by Airasia (Airbus A320-200), Bali-Flores by NAM Air (Boeing 737-500), Flores-Bali by Kalstar Aviation (E-Jet 2+2), dan Bali-KL by Malaysia Airlines (Boeing 777-200).


Bila kami cakap kami ke Flores, ramai yg tak tau Flores tu kat mana. Ni ha Flores, kat sebelah Lombok & Bali..
sumber
sumber


Besar Flores ni, kami cuma ke Labuhan Bajo (LBJ) je. Boleh pilih nak terbang dari Bali ke LBJ dulu, atau ke Maumere, atau ke Ende. Ada orang start dari LBJ dan meneruskan perjalanan hingga ke Maumere dan terbang balik ke Bali dari sana, ada yang menamatkan trip di LBJ. Kami pilih untuk ke LBJ dan decide untuk ke mana-mana dari sana aje. In the end, kami tak ke mana-mana pun, hanya di LBJ saja hahahah... Sebenarnya banyak lagi tempat pelancongan di Flores, tapi kami tak mampu (read: tak mampu) bila disuguh pakej-pakej yang harganya macam tak masuk akal bila tidak mau cost sharing. Apapun, kami bersyukur sebab dapat sampai ke Flores yang sebelum ni rasanya susah nak sampai, dan dapat tengok makhluk Allah swt yg dicipta hebat yg hanya ada di Flores, tak ada kat tempat lain, si KOMODO dragon tu.


Haaahhh!! Teruja tak bila tengok pemandangan macam ni? Ni masa nak landing di Labuhan Bajo Komodo Airport. I thought the beach around LBJ is as nice as I imagine it would be, but it's not. Panjang ceritanya, hahahah....

Kecik je LBJ airport nih.
So, pas settle amik luggage, kami amik teksi airport dgn harga IDR60,000 (RM20) terus ke Siola Hotel, hotel bajet yg terletak strategik berdekatan wisata kuliner Kampung Ujung, a good base to get to know the area. Tapi what you pay is what you get lah, ada aje kekurangannya kalau dah namanya hotel bajet kan? We're okay with the flaws, janji dapat solat, dapat mandi, dapat tidur dah cukup.





Ok, hari pertama adalah free and easy, so kitorang buat keputusan jalan-jalan berkeliling LBJ. Rupanya kecik aje pekannya, pusing lah beberapa kali pun, korang mesti tak sesat punya. Boleh aje sewa motor (IDR70,000/hari) tapi sebab esok nak ke laut, rasa macam rugi.  Kami naik angkutan ni aje, bayar RM5 sorg.

Ni masa berenti kat lereng bukit, sendal ngan batu je pun boleh, skeri...

"kamu ngga pulang ke rumah habis sekolah?", "malas", hahahah...




Antara kapal-kapal yg akan membawa pelancong di LBJ








Actually, bersepah rupanya pengusaha-pengusaha pelancongan di sekitar LBJ, pilih aje yg mana nak. Lupa nak ambil gambar sebab terlalu panas, NJ rasa sesak napas kikiki... Pandai-pandailah cari mana yang berkenan di hati & sesuai bajet. Kat internet pun banyak blogger yg meninggalkan contact number pengusaha pelancongan yg dorang pernah ambil. I tried call one, dia offer harga humang aiii tinggi, so NJ decided untuk cari di sini saja bila sampai. In the end, si Tote (nama drebar teksi yg hantar kami ke Siola hotel) recommend kawan dia dan kami malas nak pikir banyak, terus setuju dengan pakej yg ditawarkan.

Wisata Kuliner Kampung Ujung


Harga ikut saiz, dari RM20/seekor ke atas

Kerapu tikus yg mahal ni pun ada

Excited dia dapat makan kerapu tiap-tiap hari :p

Alhamdulillah, rezeki kami..

Senang ke nak cari makan Halal di sana? Alhamdulillah, senang je. Siang hari boleh makan masakan Padang di restoran-restoran kecik sekitar LBJ. Malam, ke Kampung Ujung utk makan seafood. Sepanjang kami di sana, ikan dan sotong yg banyak, udang tak banyak. Banyak pilihan masakan juga, bukan setakat bakar. Kampung Ujung tu sebenarnya bukan kampung pun, rupanya sepanjang-panjang jalan bersebelahan pelabuhan tu dinamakan Kampung Ujung. Kawasannya bersih sebab setiap pagi kami ke sana, dah tak nampak langsung sisa-sisa sampah di kawasan tu. So setiap malam kami berulang makan di sini aje, tukar-tukar ikan rasa nak makan ikan apa, ditemani kicap berlada yg NJ bawa dari Malaysia, sedapnyaaaaa.....naik berkilo dah ni rasanya, takut nak naik penimbang hahahah...

Trip Bali-Flores, Komodo Island & Pink Beach
Trip Bali-Flores, Gua Rangko
Trip Bali-Flores, Cunca Wulang
Trip Bali-Flores, dan lain-lain...
Trip Bali-Flores, Bali

2 comments:

IZA said...

Hi assalam.
Boleh nak tahu..sy nak travel lombok - bali - flores...mane patut sy pegi dulu

IZA said...

Hi assalam.
Boleh nak tahu..sy nak travel lombok - bali - flores...mane patut sy pegi dulu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails