Pages

Saturday, January 14, 2017

Trip Bali-Flores, Bali

Kali terakhir NJ ke Bali adalah pada tahun 2011 bersama pelajar-pelajar. NJ masih menghubungi Pak Isme utk khidmat supir di sana dan dia tidak berbasa-basi memberikan jawapan akan menghantar seorang supir utk menjemput kami setibanya di Ngurah Rai airport dari Labuhan Bajo, Flores. Budi, menjemput kami dari airport dan sepanjang perjalanan menuju ke Canggu, tempat penginapan kami utk 3 malam berikutnya, Budi spilled out the beans, Pak Isme sudah tiada lagi di Bali sebaliknya dia sekarang berada di Banyuwangi menguruskan bisnes tour di sana. Ah, Pak Isme....kangen kami sama kamu, tidak tercapai hasrat di hati mau merasa emping belinjau buatan khas keluarga Pak Isme. Semoga kita ketemu lagi suatu hari nanti.

Ok, back to Bali. Oleh kerana kami dah pergi hampir kesemua tempat menarik di Kuta & Ubud, kami hanya pilih utk santai-santai aja di sana kali ni. Sementelahan hujan membasahi bumi Bali hampir setiap hari kami di sana, tempat lawatan kami hanya terhad kepada yg berbumbung sahaja, habis mall kami jelajah hihi.. Kami pernah menginap di Kuta, kali ni NJ fikir, why not we try something new in Bali, mari kita duduk di villa, jauh dari kesesakan lalu-lintas di Kuta. Lagi satu penyebab adalah, harga bilik hotel bertiga adalah sama mahal dengan harga villa yg NJ jumpa di AirBnb, long story short, ke Canggu lah kami.



Bugis ship shape villa

The friendly housecat, oren






Seperti biasa, keseorangan...

Syian budak takde kawan kikiki...


Cantik villa ni, sangat sesuai untuk family gathering, dekat dengan Seminyak tapi di sekitarnya hanyalah kawasan kampung yg tiada apa-apa keistimewaan. Jadi, kami harus menyewa kereta untuk ke mana-mana. Hari terakhir yg mendebarkan, kebetulan hari itu adalah hari istimewa penganut agama Hindu melakukan upacara di mana banyak jalan ditutup utk memberi laluan kepada mereka. Jalan jem teruk! Masa tu dah rasa menyesal sebab booking penginapan yg jauh dari airport. Tapi rupanya yg duduk area Kuta pun ambil masa 2 jam utk sampai, phewww..... Kami yg terakhir di kaunter, kami juga antara yg terakhir masuk kapal terbang. Alhamdulillah selamat juga sampai ke rumah akhirnya, Home Sweet Home...
Area villa


Tanah Lot with lotsa people




to Padang-padang beach

oopss, wrong season..

throwback 2011

Jom balik..

Tamat sudah trip kali ni, Alhamdulillah..


Trip Bali-Flores, Labuhan Bajo
Trip Bali-Flores, Komodo Island & Pink Beach
Trip Bali-Flores, Cunca Wulang
Trip Bali-Flores, Gua Rangko
Trip Bali-Flores, dan lain-lain...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails