Pages

Sunday, January 08, 2017

Trip Bali-Flores, dan lain-lain...

Selepas 3 malam di Siola hotel, kami tukar hotel, kali ni ke Sunset Hill utk 2 malam. Sebab dah buat keputusan utk tidak ke Ende & Maumere, kami lepak-lepak je menghabiskan masa di Labuhan Bajo.

Arif dan Tote




The room




Hello neighbours! 





Acah-acah jadi model Arip hihi..


Bukit Sylvia





verangan...
Pasar Batu Cermin




Rembat bakul ayam ni, RM5 je sebiji

Pantai Pede
Ini aje pantai yg boleh kami akses dengan mudah di LBJ. Pantai-pantai yg lain semuanya privately owned by hotels, nak masuk kena bayar lah, jalan pun tak bagus, waduhhhh banyak banget rintangannya hingga NJ give up nak berenang-renang seperti ikan di lautan. Kalau nak ke pantai yg cantik, kena lah ke luar LBJ, sewa bot utk ke pulau-pulau berdekatan seperti Kanawa Island yg femes tu. Mahal lah nak sewa bot, semua kena sharing & bermalam, kalau tak dia suruh amik private boat yg mahal tu, iskk....lupakan aje lah...

Simple pleasure

Anak-anak tangkap ikan..
Kami celik mata sepanjang berada di Flores nih, rasa macam bertuah sangat-sangat dilahirkan di Malaysia yg serba-serbi cukup, itupun ada yg masih nak komplen lagi. Bersiap-sedia lah sesiapa yg nak ke Flores (LBJ-Ende-Maumere) melalui jalan darat. Jalan rayanya masih tak cantik, highwaynya masih tak siap, jadi masih ada jalan yg tak berhubung. Sepanjang jalan menuju ke sesuatu tempat tu, kemudahan toilet terutamanya sangat minimal atau tiada sama sekali, jadi bersiap sedialah utk bertemu sesuatu yg mengejutkan dan menyedihkan sepanjang berada di sana. Ya, tempat yg dituju tu semuanya indah, tapi tahukah anda di sebalik semua itu ada kesusahan dan kepayahan yg kita tak nampak di negara sendiri? Penduduk Flores hidup serba sederhana, ada lagi yg masih memasak menggunakan dapur kayu dan mengangkat air dari perigi. Kami pernah keputusan bekalan air di Siola hotel baliknya dari Komodo Island, itupun dah rasa rimas dan lemas. Barulah belajar ambil wudhu' menggunakan air botol, baru terasa nikmat ambil wudhu' pakai paip, baru terasa bagaimana sengsaranya orang yg hidup tanpa bekalan air berhari-hari malah berbulan lamanya tu (my prayer for all Muslims yg tertindas dan teraniaya di seluruh dunia). Bekalan elektrik & air di setiap tempat tidak sama, mungkin kerana ada bayaran tertentu yg perlu dibayar oleh mereka utk mendapatkan bekalan 100%. Siola hotel contohnya, bekalan air dipotong setiap hari pada pukul 10 malam hingga pukul 5 pagi esoknya. Air tadahan di setiap bilik cumalah tong air bersaiz sederhana besar. Di hotel besar, bekalannya cukup 24 jam. Bekalan elektrik juga begitu. Banyak hotel besar kami lihat di sana, banyak juga yg dah tutup. Hakikatnya Flores sebelum ini dikunjungi pelancong asing yg kebanyakannya berbangsa Eropah atau Amerika, pelancong Asia kurang sekali. Jadi, kebanyakan pengusaha dah menetapkan harga yg tinggi. Tetapi, harga yg mahal bukan bermaksud prasarana yg disediakan juga bagus. Banyak lagi kalau nak cerita, datanglah dan saksikanlah sendiri. NJ tak suka berkongsi hanya yg indah, NJ akan cerita juga yg tak berapa indah supaya sesiapa yg nak ke sini tak rasa tertipu dengan apa yg dipaparkan di internet. Oh ya, gambar-gambar yg NJ letak dalam Trip Bali-Flores ini semuanya tak menggunakan filter ataupun diedit, what you see is what you get, nilailah sendiri. Apapun, syukur Alhamdulillah dapat ke sini. Setiap perjalanan mematangkan NJ, memori ciptaan kami bertiga utk dikenang bersama. Semoga kami sentiasa bertoleransi dan tidak berkira dalam apa jua urusan, semoga kami sentiasa tunduk sujud pada Allah tidak kira di mana kami berada dan sentiasa dilimpahi kurnia kasih sayangNya di dunia dan akhirat, itu doa NJ setiap hari, semoga kekal begitu. Kami mohon keampunanMu Ya Allah...

Tamat sudah percutian di Labuhan Bajo, Flores, rentung tak akak?

Selamat tinggal LBJ, we're coming to you Bali

Trip Bali-Flores, Labuhan Bajo
Trip Bali-Flores, Komodo Island & Pink Beach
Trip Bali-Flores, Cunca Wulang
Trip Bali-Flores, Gua Rangko
Trip Bali-Flores, Bali

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails