Pages

Wednesday, June 14, 2017

Bila diuji...

Seminggu sebelum Ramadhan Arif sakit perut, katanya sakit macam pedih ulu hati. NJ tak berapa risau sebab keluarga belah hubby memang selalu 'berangin' katanya. Tapi lepas 3 hari tak baik-baik, dia setuju untuk ke klinik. Doktor cek and bagitau simptomnya ada berkaitan dengan penyakit-penyakit tertentu (gastrik, appendiks, hati, hempedu, usus, the Big C). Dia bagi ubat gastrik dan bagitau kalau berterusan, mesti ke hospital dengan kadar segera.

Tak tunggu 3 hari, kami ke hospital. Doktor suspek appendiks & selepas discan, memang appendiksnya lebih besar drp biasa. So, Doktor suruh buat appendectomy hari itu juga. Ok, Arif dah besar panjang, dah 20 tahun pun umurnya tahun ni, tapi Mamanya tetap risau yg bukan-bukan, istighfar aje lah banyak-banyak. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Minor operation aje, bukan belah perut bukak buang, cuma laparoscopic surgery.

Yang paling best adalah, kami tanya Doktor, is it possible for Arif to fly a day after his appendectomy? The doctor said yes! Macam tak percaya je, sebab kalau baca dalam internet, macam-macam citer keluar & most of the suggestions 'it's not safe to fly at least a month after an operation'. Tapi sebab Doktor sendiri dah bagi all clear kan? Jengjengjeng.....

So dia warded dua hari semalam di hospital. Esoknya after discharged kami sampai rumah dah malam, kemas-kemas beg, esok pagi sebelum subuh dah bertolak ke airport. Kes dah beli tiket tak nak kena penalti tak nak beli tiket baru nanti rugi hahahah.. Arif berdegil nak ikut jugak walau mukanya kekadang berkerut menahan sakit. Manalah hati tak risau sepanjang 3 hari 2 malam di Jakarta melihatkan keadaannya tu...

Ye, kami ke Jakarta. Ada sikit urusan sambil berjalan-jalan. Jalan yg tak berapa nak jalan sebab risaukan Arif yg kesakitan tu. Makan kali ni pun berjaga-jaga sebab budak dalam pantang ada sekali. Most of the time dia lepak dalam apartment. Kami sewa di Thamrin City Mall, senang nak shopping siang malam :p

Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan pulang, he's now recuperating at home. Still berplaster sebab takut nak tengok luka katanya. NJ banyak kali suruh dia imagine wanita-wanita yang beranak Caesar, orang yang eksiden kemalangan dan yang lebih teruk daripada luka yg comel kat perut tu. Dah lama tak rasa risau macam ni semenjak dia besar, teringat masa dia kecik dulu, bila dia sakit dan demam, rasanya masih sama. NJ rasa apa yang ibu lain rasa bila anak diuji sakit, tapi NJ berdoa semoga Allah swt beri belas ehsan dengan tidak mendatangkan ujian yang hebat yang NJ sendiri tak boleh menanggungnya. NJ doakan semua yang membaca post ini yang sama, amin Ya Rabbal 'alaminn, insyaAllah...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails