Pages

Wednesday, November 01, 2017

The Big C....

Cancer, takut kan bila mendengar perkataan ni? Pengalaman NJ sendiri 14 tahun lepas dah cukup membuatkan NJ phobia bila mendengarnya semula hari ini. Walaupun ianya hanya ketumbuhan biasa dan bukannya kanser, NJ takut untuk memikirkan apa yang bersarang di dalam diri yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kakak NJ disahkan kanser payudara 3 tahun lepas, Makcik sebelah ibu pula menyusul tak lama kemudian. Allahu, tak dapat nak digambarkan perasaan kami wanita-wanita ahli keluarga yang dah ada pengetahuan tentang kanser ni. Alhamdulillah kedua-dua mereka sihat selepas menjalani rawatan yang disarankan oleh doktor. Pemeriksaan susulan masih dilakukan dari semasa ke semasa. Semoga mereka berdua dan ahli keluarga kami yang lain dikurniakan Allah swt kesihatan baik berpanjangan dan dirahmatiNya sentiasa, amiinn..

Terbaru, adik ipar NJ (lelaki) pula disahkan kanser. Sakitnya dah lama, sejak bulan Mac tahun ni, tapi dia enggan melakukan pemeriksaan susulan because of that 'C' scare. Sudahnya dia rela menahan sakit sampai tak tidur malam, dan hilang selera makan berbulan-bulan. Akhirnya kerana dah tak tertahan sakit, dia ke hospital pada bulan Ogos, tapi doktor hanya suspek appendiks dan menyarankan agar ianya dibuang segera. Setelah menjalani pembedahan, Doktor mengesan abnormaliti pada salah satu anggota badannya lalu mengesyaki sesuatu, dan menyarankan agar dibuat pemeriksaan susulan. NJ ni bukannya doktor jadian, tapi NJ macam dah agak benda tu sejak Mac lagi tapi oleh kerana dia berdegil, NJ pun tak boleh cakap banyak. Lagipun dia in denial dan selalu cakap selagi benda tu tak disahkan oleh doktor, jangan berani cakap ianya kanser. Tak lama kemudian, pembedahan kedua pula berlaku, akhirnya selepas beberapa lama keluar masuk hospital, sah, ianya kanser, stage 3. Maka bermulalah sesi rawatan kemoterapi, hingga ke hari ini. Bil ni badannya besar sebelum sakit, dalam masa 3 bulan saja, dia dah hilang almost 30kg, banyak kan? So, memang nampak dia sekarang a totally different person, balik kepada dirinya yang asal sebelum berkahwin. Tapi, dia seorang yang kuat semangat, sangat kuat melawan penyakitnya, Alhamdulillah tak nampak pun dia terkesan dengan kesan kemoterapi yang ditakuti semua, cuma dia keletihan dan rambutnya gugur. Semoga dia kekal begitu, semoga Allah kurniakan dia kesembuhan yang tidak berbekas tanpa meninggalkan apa-apa penyakit lain pula selepas ini, amiinn..

Dengar pula cerita kawan-kawan dan orang sekeliling yang ahli keluarga ada kanser, ada yang memilih untuk tidak menjalani rawatan susulan terutamanya kemoterapi dan ada juga yang telah kembali ke Rahmatullah seawal penyakit dikesan. Ada yang memilih untuk menjalani rawatan alternatif dan ada yang hanya pasrah berserah pada Allah untuk memulihkan penyakit tanpa berbuat apa-apa. Ada yang terus bertahan tidak mau membuat pemeriksaan hinggalah saat kematian. Apakah pilihan kita sekiranya kita berada di situasi yang sama? Wallahua'lam... Bak kata kakak NJ, hanya pesakit saja yang mengetahui perasaan berada di saat-saat genting mempertimbangkan segala keputusan sukar yang akan memberi kesan tidak hanya kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada ahli keluarga terdekat. Bil pula bercerita tentang ketidakselesaannya terhadap orang sekeliling yang menyarankan bermacam-macam jenis rawatan dan pemakanan tambahan yang katanya boleh merawat kanser. NJ kata, mereka itu semuanya perihatin kepada pesakit, mereka hanya mahukan yang terbaik untuk orang tersayang, tak salah untuk berikhtiar mendapatkan rawatan alternatif di samping rawatan hospital, asalkan ianya tidak memudaratkan tubuh badan. Beribu pendapat kita boleh dapat melalui orang sekeliling dan juga melalui media massa tetapi akhirnya kita juga yang harus mempertimbangkan buruk baiknya sesuatu tindakan yang akan kita ambil. Allah sentiasa ada untuk mendengar rintihan kita, doa dan amal baik lah yang akan kita panjangkan setiap masa agar dikurniakan kesembuhan total. Tekad untuk mengubah gaya hidup juga satu usaha yang harus dipertimbangkan. Semoga segala tindakan yang diambil akan mengubah kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya dan juga mendekatkan diri kita kepada Allah swt.

اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَ اشفِ أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah Tuhan Manusia, hilangkanlah rasa sakit ini. Sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan yang sejati kecuali kesembuhan yang datang dari Mu. Iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakit apapun.”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails