Pages

Thursday, March 15, 2018

Menerima Hakikat...

Arif dah sambung belajar, somewhere in Bangkok. Lepas habis Diploma, NJ dan hubby bagi kebebasan untuk dia pilih jalan dia sendiri, sambung belajar lah ke mana-mana pun dengan syarat kami mampu membiayai kosnya nanti. In the end, dia ke Bangkok untuk sambung Degree. Why Bangkok? Tak pernah dengar pun parents hantar anak belajar ke Bangkok? Selalunya ke UK, US, Australia etc.. Pendek cerita, NJ anggap ia sebagai aturan Allah swt. Kita cuma tau jalannya, Allah yang tentukan pengakhirannya, betul tak? NJ pun lega sebab walaupun jauh, tapi kalau terbang, bolehlah menjenguknya sekali-sekala. Kalau jauh sangat, sudah pasti ongkosnya tiada hahahah..

Teringat yang kami suka ke sana untuk holiday, sama ada bawa students atau bertiga saja. Mungkin juga dia selesa dan familiar dengan suasana di sana, maka ia menyumbang kepada pilihan akhirnya. Nobody expects us to send him away, kata-kata "Laaa, anak sorang je pun, kenapa hantar jauh-jauh?", "Tak rindu ke nanti?", "Belajar kat Malaysia kan lagi bagus", "Kualiti pengajian kat sana ok ke?",  "Selamat ke di sana?", sambil share infos pasal bombing, politic chaos, human trafficking etc.. oh sampai hati... Adakah NJ cemas dengan soalan-soalan tu semua? Takkan lah tak cemas, NJ ni manusia biasa, perasaan cuak, rungsing, ragu-ragu dan seribu persolan bermain di minda selagi dia tak settle kat sana. Tapi NJ tekad campak semua perasaan tu jauh-jauh kerana NJ yakin Allah swt itu ada. Itu dah cukup untuk mengubati hati NJ. NJ serahkan bulat-bulat pada Allah urusan dia dengan dunianya, dengan harapan dia selamat di sana. I'm counting days for his sem break je sekarang, giler tak rindu...

Ketika ditinggalkan

Terkini, oh it hurts to see him kurus like this... 

3 comments:

aprilia said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

شركة المثالية said...


شركة تنظيف منازل بالخبر

m.u.l.a.n said...

Arif dah besar... Its ok NJ.. Mana2 pun ok as long anak2 nak belajar.. Moga Arif berjaya dunia akhirat, sentiasa dalam limdungan Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails